Harian Metro

Waris peminjam terima RM107.6j

- Iskandar Shah Mohamed iskandar@hmetro.com.my

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) setakat ini sudah menyerahka­n manfaat perlindung­an takaful RM107.6 juta kepada 6,682 keluarga atau waris peminjam yang meninggal dunia.

Dalam tempoh bermula sejak 1998 hingga tahun lalu, tuntutan khairat kematian RM7.5 juta turut diberikan kepada 6,073 penuntut atau waris di seluruh negara.

Pengurus Besar Kanan Jabatan Pemasaran dan Komunikasi Strategik PTPTN Abdul Ghaffar Yusop berkata, pihaknya sentiasa memikirkan kebajikan peminjam dan prihatin membantu meringanka­n beban waris.

“Objektif Skim Pinjaman Pendidikan PTPTN dengan takaful berkelompo­k bertujuan melindungi pinjaman jika berlaku kematian atau keilatan kekal menyeluruh kepada peminjam.

“Mengikut konsep itu, amaun prinsipal yang dikeluarka­n kepada mereka akan mendapat perlindung­an sepenuhnya daripada syarikat pengendali takaful yang dilantik. Peminjam perlu menanggung kos perlindung­an itu seperti termaktub dalam perjanjian pinjaman pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahka­n manfaat takaful dan khairat kematian kepada keluarga Allahyarha­m Muhammad Taufeq Hassan, 22, dan Allahyarha­m Azrul Hisham Azman, 27, pada satu majlis ringkas di sini, semalam.

Muhammad Taufeq yang juga bekas penuntut Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) Shah Alam bersama ibu bapanya maut akibat disembelih dan ditikam seorang lelaki yang juga saudara angkat mereka di Kampung Bertam Malim, Melaka, 25 Ogos tahun lalu.

Azrul Hisham iaitu bekas penuntut Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) pula mati lemas bersama dua rakannya di air terjun Lubuk Jepun, Batu 16, Gombak, 3 Oktober lalu.

Berkuatkua­sa 1 Januari tahun lalu, kiraan potongan sumbangan takaful bagi Skim Pinjaman Pendidikan PTPTN berjumlah 59 sen setahun bagi setiap RM1,000 pinjaman dengan mengambil kira pengeluara­n, tempoh pengajian dan tempoh pembayaran balik yang ditetapkan.

„ PTPTN serah manfaat perlindung­an takaful kepada keluarga

 ??  ?? ABDUL Ghaffar (tengah) beramah mesra dengan bapa Allahyarha­m Muhammad Taufeq, Abdul Rahman Baharin sambil diperhatik­an kakak Allahyarha­m Azrul, Aliza Azman (kanan).
ABDUL Ghaffar (tengah) beramah mesra dengan bapa Allahyarha­m Muhammad Taufeq, Abdul Rahman Baharin sambil diperhatik­an kakak Allahyarha­m Azrul, Aliza Azman (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia