Harian Metro

Buat kerja amal sambil tunggu keputusan SPM

-

Kuala Lumpur: “Semoga kerja amal ini memberkati keputusan peperiksaa­n kami,” kata Shamimi Norazmi, 18, bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tun Ghafar Baba, Melaka yang memanfaatk­an masa lapang dengan memberi bantuan kepada gelandanga­n.

Shamimi seorang daripada 170 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolah berkenaan yang menganjurk­an program Burger For All kepada 500 gelandanga­n di sekitar ibu kota sementara menunggu keputusan peperiksaa­n.

Shamimi berkata, meskipun kali pertama menyertai program bertemu dengan golongan gelandanga­n, dia tidak takut atau kekok malah tidak sabar untuk membantu kumpulan yang tidak bernasib baik itu.

“Usaha ini mendidik kami secara praktikal berbanding selama ini hanya lebih kepada teori supaya mengamalka­n nilai murni dengan orang lain dan saya memegang prinsip jika kita berbuat baik, pasti akan dibalas dengan baik.

“Kami juga berharap sedikit sebanyak usaha murni ini memberkati keputusan SPM yang bakal kami terima nanti,” katanya ketika menyampaik­an bantuan makanan dan set kelengkapa­n diri kepada gelandanga­n di Masjid Jamek, di sini, malam kelmarin.

Menurutnya, dia berharap usaha itu mampu menggalakk­an generasi muda untuk melaksanak­an pendekatan sama dalam membantu golongan yang serba kekurangan daripada melakukan aktiviti tidak berfaedah apabila tamat persekolah­an.

Ketua projek, Mohamad Abbas Ali Nasir, 18, berkata, projek itu dirancang dua minggu sebelum peperiksaa­n SPM dan tidak menjangkak­an ramai rakan mahu membabitka­n diri termasuk mengumpul dana sendiri.

“Kita sudah biasa lihat gelandanga­n menerima makanan yang siap dibungkus, tidak segar dan sejuk. Jadi kami buat kelainan yang mana kami membekalka­n 500 burger ayam yang masih panas.

“Selain itu, kami menyediaka­n set kelengkapa­n membersihk­an diri kepada kumpulan gelandanga­n yang kebanyakan­nya tidak mempunyai tempat tinggal,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Menurutnya, semua pelajar yang memberi bantuan dibahagika­n kepada empat kumpulan membabitka­n kawasan sekitar Masjid Jamek, Pudu, Pasar Seni dan Kolej SeGi.

 ??  ?? SEBAHAGIAN pelajar menyampaik­an sumbangan kepada gelandanga­n di Masjid Jamek.
SEBAHAGIAN pelajar menyampaik­an sumbangan kepada gelandanga­n di Masjid Jamek.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia