Harian Metro

Hampir patah hati

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

„ Estranged teruskan konsert di Kilang Bateri

Kumpulan Estranged hampir membatalka­n konsert yang akan berlangsun­g di Kilang Bateri, Johor Bahru pada 3 Februari depan berikutan kes penipuan membabitka­n tawaran konsert Rockfest anjuran Apple Music di London.

Anggota Estranged Solihuddin Hormat, 32, Richard Lawrence Gimbang, 34, dan Nor Hanafi Noor Hadi, 34, dikatakan mahu berehat enam hingga lapan bulan kerana hilang semangat berikutan kes memalukan itu.

Solihuddin atau Din berkata, kes itu mencalar maruah mereka hingga mahu membatalka­n konsert itu.

“Tipulah jika kami tidak terkesan dengan kes itu. Semangat kami hilang dan tidak tahu bagaimana meneruskan aktiviti seni termasukla­h menjayakan konsert itu.

“Nasib baiklah ia sudah dirancang sebelum kes itu. Jadi, kami kena kuatkan semangat meneruskan­nya,” katanya.

Din berkata, kos penganjura­n konsert di Johor Bahru itu tidak terganggu walaupun mereka mengalami kerugian akibat penipuan itu.

“Tak mengapalah. Barangan cendera hati yang kami keluarkan boleh dijual balik di konsert itu nanti,” katanya.

Berkongsi mengenai perkembang­an kes berkenaan, Din berkata, mereka menghubung­i pihak berkuasa di United Kingdom untuk mengesan wanita dikenali sebagai Eziana Abdul Aziz yang didakwa sebagai dalang penipuan itu.

“Kami berusaha menjejakin­ya dan lega kerana mendapat kerjasama pihak berkuasa di sana. Kami berharap dia ditahan tidak lama lagi dan membayar kami ganti rugi,” katanya.

 ??  ?? KUMPULAN Estranged berusaha mendapatka­n ganti rugi daripada wanita yang didakwa menipu.
KUMPULAN Estranged berusaha mendapatka­n ganti rugi daripada wanita yang didakwa menipu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia