Harian Metro

Sokongan sambut Mohd Faiz

-

Sepang: Sorakan dan tepukan tanda sokongan daripada rakyat Malaysia mengiringi ketibaan penerima Anugerah Puskas Persatuan Bola Sepak Antarabang­sa (FIFA) 2016, Mohd Faiz Subri, 29, di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.

Penyokong terbabit berkumpul berdekatan pentas utama di aras lima KLIA seawal jam 1 tengah hari sambil membawa kain rentang memberi sokongan kepada pemain Pulau Pinang itu.

Malah, sorakan dan tepukan semakin gemuruh apabila Mohd Faiz dilihat keluar dari bilik VVIP kira-kira jam 4 petang, sebelum kemudian diiringi ke pentas utama untuk bertemu penyokong serta berucap ringkas.

Seorang daripada penyokong, Nurintan Baizura Nordin, 37, berkata, dia berasa bangga dengan kejayaan yang dicapai Mohd Faiz dalam mengharumk­an nama Malaysia ke peringkat antarabang­sa.

“Kami datang ke KLIA secara sukarela dan tiba di sini sekitar jam 1 tengah hari semata-mata mahu memberikan sokongan kepada Mohd Faiz yang berjaya mengharumk­an nama negara.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita turut menumpang gembira dan berbangga dengan anugerah yang diberikan kepadanya dan berharap selepas ini, atlet lain menjadikan­nya sebagai contoh untuk terus cemerlang,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Pada masa sama, Nurintan berkata, dia tidak bersetuju dengan pelbagai ‘kata-kata’ sinis ditujukan kepada Mohd Faiz terutama yang dilontarka­n menerusi media sosial.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memberikan sokongan moral dan sentiasa positif dengan kejayaan yang dicapainya dan sekiranya kita bersikap negatif...macam mana nak maju,” katanya.

Penyokong lain, Sudirman Mansor, 34, berkata, dia hadir untuk memberi sokongan kepada Mohd Faiz selain memeriahka­n acara kepulangan­nya di KLIA.

“Kejayaan yang dicapai Mohd Faiz bukan saja membanggak­an rakyat Malaysia malah, mewakili rantau Asia pada majlis anugerah berkenaan.

“Anugerah ini memperliha­tkan atlet Malaysia boleh setanding dan setaraf dengan atlet antarabang­sa yang lain dan ini suatu kebanggaan kepada kita,” katanya.

 ??  ?? FAIZ Subri (tengah) menerima trofi daripada Afandi dengan disaksikan Khairy Jamaluddin(kanan).
FAIZ Subri (tengah) menerima trofi daripada Afandi dengan disaksikan Khairy Jamaluddin(kanan).
 ??  ?? MOHD Faiz (kanan) melayan peminat yang
menyambut
MOHD Faiz (kanan) melayan peminat yang menyambut

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia