Harian Metro

Tetap ayu gelecek Dedah sukan bola sepak kepada golongan wanita

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali sitinor@hmetro.com.my

„ Gadis wakili Kelantan sejak tahun lalu

Siapa sangka disebalik kelembutan dan kecantikan wajah, seorang penuntut sebuah kolej, di sini, aktif bermain bola sepak, malah mewakili Kelantan sejak tahun lalu.

Ketangkasa­n penuntut Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kampus Kota Bharu Nur Syahindah Mohd Kamal, 20, menggelece­k bola memberi kelebihan kepadanya untuk menyertai pasukan bola sepak wanita negeri.

Katanya, dia mula meminati sukan itu ketika di bangku sekolah rendah, namun dipendamka­n sebelum minatnya bercambah selepas mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tiga tahun lalu.

“Selepas SPM, saya bersama rakan-rakan aktif bermain futsal di sekitar Kota Bharu sebelum memasuki kolej ini.

“Di kolej, peluang semakin banyak apabila saya dilantik sebagai ahli jawatankua­sa futsal dan menganjurk­an banyak kejohanan peringkat kolej.

“Pada awal Disember tahun lalu, saya menerima pesanan WhatsApp daripada pengurusan bola sepak wanita Kelantan yang menawarkan

Kota Bharu: Pasukan bola sepak wanita Kelantan atau lebih dikenali sebagai Kelab Glow Glowing FC ditubuhkan secara rasmi pada Disember lalu dan mempunyai 25 pemain wanita berkaliber.

Kelab itu bernaung di bawah Persatuan Bola Sepak Kelantan.

Setiausaha­nya Mohd Izzat Muhammad Zuki berkata, pasukan itu ditubuhkan bertujuan untuk mendedahka­n sukan bola sepak kepada golongan wanita secara profesiona­l.

Katanya, Nur Syahindah Mohd Kamal, 20, pula terpilih menjadi pemain pertahanan kiri dan seorang yang bersemanga­t tinggi ketika bermain.

“Nur Syahindah juga pandai membahagik­an masa antara pengajiann­ya dan bermain bola sepak. Di pihak kami memang tiada masalah untuk memastikan dia fokus dengan dua bidang diceburi,” katanya ketika dihubungi, semalam.

menjadi mereka.

“Tanpa berfikir panjang, saya mencuba dan menjalani latihan, malah lulus ujian sebanyak tiga kali,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dia yang mempunyai kakak kembar, Nur Syakirah berkata, bapanya, Mohd Kamal Hassim, 48, yang bekerja sebagai pensyarah di sebuah kolej dan ibunya, Norazma Ahmad, 45, suri rumah, memberi sokongan yang kuat.

Tinggal di Kampung Pintu

peluang pemain

untuk

Geng, di sini, Nur Syahindah berkata, ibu bapa memahami minatnya dan tidak menghalang asalkan dia mengutamak­an pelajaran.

“Saya membahagik­an masa sewajarnya antara pendidikan dengan bola sepak kerana tidak mahu memusnahka­n harapan ibu bapa.

“Saya menetapkan jadual belajar dan mengikutny­a kerana mahu berjaya dalam kedua-dua bidang,” katanya.

Anak bongsu daripada empat beradik itu juga mengakui risau apabila gambarnya yang sedang bermain bola sepak menjadi tular di laman sosial Facebook beberapa hari lalu, namun berharap ia tidak menghilang­kan fokusnya untuk belajar dan menjadi pemain profesiona­l.

Sementara itu, Pengarah KPTM Kota Bharu Mohd Sahidi Yaakob berkata, pihaknya menyokong minat penuntut berkenaan dan bangga kerana dia terpilih sebagai pemain bola sepak wanita Kelantan.

“Pihak kolej juga memberi sokongan kepada semua penuntut supaya aktif dalam apa jua bidang yang akan membantu mereka untuk mendapatka­n pekerjaan selepas tamat pengajian.

“Setakat ini, kolej memiliki pasukan bola sepak lelaki dan kemungkina­n selepas ini akan mewujudkan pesukan wanita jika ramai yang berminat,” katanya.

 ??  ?? AKSI berbakat Nur Syahindah ketika latihan.
AKSI berbakat Nur Syahindah ketika latihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia