Harian Metro

Polis bantu beli petrol motosikal kehabisan minyak

-

Jitra: Sepasang warga Thailand yang terpaksa menolak motosikal akibat kehabisan petrol di Jalan FELDA Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam, dekat sini, mendapat bantuan anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, Koperal Azhari Hassan, Sarjan Nizar Abdul Razak serta Lans Koperal Azuan Amir yang sedang membuat rondaan terserempa­k dengan pasangan berusia 50-an itu.

Azhari berkata, simpati dengan pasangan itu, mereka membeli petrol di sebuah stesen minyak yang terletak kira-kira dua kilometer.

“Kami bertanya sama ada motosikal mereka menghadapi masalah sebelum diberitahu kehabisan minyak.

“Kami kemudian membeli dan mengisi petrol dalam dua botol mineral untuk diserahkan pada pasangan itu kerana kasihan melihat me- reka menolak motosikal,” katanya.

Katanya, pasangan yang datang dari arah Bukit Tangga itu kemudian meneruskan perjalanan mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superinten­dan Abd Hadi Hassan ketika dihubungi berkata, beliau sudah berjumpa dengan tiga anggota terbabit dan mengucapka­n syabas kepada anggotanya di atas keprihatin­an mereka membantu masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

Katanya, sesuai dengan tema polis iaitu ‘Polis dan Masyarakat’ berpisah tiada dan ia membuktika­n anggotanya bersedia membantu masyarakat yang mengalami kesusahan di mana-mana jua.

“Bukan saja kita bantu dalam masalah jenayah, tetapi kita juga turut membantu masyarakat dalam masalah lain,” katanya.

 ??  ?? NIZAR berbual dengan pasangan warga Thailand selepas membantu mereka membeli petrol di Jalan
FELDA Bukit Tangga.
NIZAR berbual dengan pasangan warga Thailand selepas membantu mereka membeli petrol di Jalan FELDA Bukit Tangga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia