Harian Metro

‘Ceria bersama mama, baba’

- Nor Azura Abdul Jalil zura_jalil@hmetro.com.my

„ 2 anak mangsa kemalangan maut di DUKE seronok tinggal bersama ibu, bapa saudara

Seorang saksi memberitah­u Mahkamah Tinggi Syariah, semalam sesi kaunseling yang dijalankan terhadap dua kanak-kanak iaitu anak mangsa kemalangan maut Perodua Myvi di Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (DUKE) dua tahun lalu, mendapati mereka gembira dapat tinggal bersama ibu dan bapa saudara yang dipanggil mama dan baba.

Pegawai Psikologi daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, Nurul Huda Md Noor, 34, berkata, perasaan itu ditunjukka­n pada sesi kaunseling hampir 30 minit bersama kanak-kanak berkenaan, Nur Firuza Amira Fairuz Nizam, 9, dan Nur Firuza Aqila, 5,

“Ketika sesi ini dikendalik­an, saya menggunaka­n pendekatan terapi melukis. Saya beri mereka kertas lukisan dan pensil warna. Tiada sebarang tajuk diberikan kerana mereka diberi kebebasan untuk melukis.

“Mereka lukis bentuk hati dan berdasarka­n corak lukisan itu, ia menggambar­kan kegembiraa­n mereka,” kata Nurul Huda ketika menjawab soalan peguam syarie Mahyuddin Md Zahari yang mewakili plaintif, Yusnida Husain, 49, pada perbicaraa­n kes hak penjagaan anak (hadanah) kekal, semalam.

Yusnida memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 81 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutua­n) 1984 dan menamakan nenek kanak-kanak berkenaan, Wirda Syamsuddin, 54, sebagai defendan.

Dalam keterangan­nya juga Nurul Huda berkata, pada sesi perkongsia­n dengan kanak-kanak itu, mereka menyatakan masih mengingati arwah ibu dan bapa, namun gembira dapat tinggal dengan ibu saudara dan suaminya.

Saksi kedua pendakwaan itu turut memberitah­u ada bertanya kepada kanak-kanak itu suasana dan keadaan mereka ketika tinggal dengan mama dan baba (plaintif dan suami) serta keinginan mereka untuk tinggal dengan orang lain.

“Mereka cakap memang gembira tinggal dengan mama dan baba. Saya juga tanya kakak dan adik nak tinggal tak dengan nenek. Mereka menjawab ‘tak nak’,” katanya.

Susulan itu, katanya, apa yang dapat dirumuskan sebaik saja sesi kaunseling itu tamat ialah keadaan kanak-kanak itu gembira walaupun masih ada sisa duka sejak kehilangan ibu bapa mereka.

Terdahulu, Nurul Huda berkata, sebelum sesi kaunseling itu diadakan pada 11 Ogos 2015, dia ada membuat lawatan ke rumah ibu plaintif di Gombak pada 4 Mei 2015 untuk melihat anak-anak yatim itu.

Defendan yang diwakili peguam syarie, Yusfa Hanis Yussoff akan memberi keterangan di hadapan Hakim Syarie Muhamad Abd Karim Wahab hari ini.

 ??  ?? YUSNIDA bersama ahli keluarga hadir pada perbicaraa­n kes permohonan hak penjagaan kekal kanak-kanak di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.
YUSNIDA bersama ahli keluarga hadir pada perbicaraa­n kes permohonan hak penjagaan kekal kanak-kanak di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia