Harian Metro

Sebulan rancang culik

-

„ Dua lelaki kalah judi, hutang along mahu tebusan RM5 juta

mengejar van berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, suspek memecut laju melalui Jalan Sungai Buloh ke Kuala Selangor selepas menyedari dikejar.

“Setibanya di satu selekoh di hadapan pasar raya The Store, suspek menolak mangsa keluar dari van dalam keadaan tangannya masih berikat. “Orang ramai yang menyaksika­n kejadian itu terus mengejar suspek. Sebaik melalui selekoh di Batu 15 di sini, van suspek terbabas lalu melanggar pokok di hadapan rumah penduduk di Sungai Pelong,” katanya.

Abdul Aziz berkata, suspek dilaporkan melanggar beberapa kereta di kiri dan kanan jalan sekitar kawasan Paya Jaras dalam usaha melarikan diri ketika dikejar orang awam.

“Berlaku pergelutan ketika orang awam cuba menangkap suspek menyebabka­n mereka dipukul sebelum diserahkan kepada polis yang tiba tidak lama selepas itu.

Abdul Aziz berkata, berdasarka­n cetakan nota berwarna merah dalam bahasa Mandarin yang ditinggalk­an, suspek dikatakan akan melepaskan mangsa sebaik menerima wang RM5 juta.

“Mereka turut menulis amaran supaya perkara itu tidak dilaporkan kepada polis. Jika tidak mereka memilih untuk membunuh mangsa dan melarikan diri.

“Berdasarka­n pengakuan suspek, mereka sudah sebulan memerhatik­an pergerakan dan latar belakang mangsa,” katanya.

Katanya, hasil pemeriksaa­n polis turut menemui satu bagasi berwarna hitam dalam kenderaan suspek dipercayai digunakan untuk menyumbat mangsa.

“Polis turut menemui wang tunai RM3,000 dan barangan lain di dalam van berkenaan termasuk parang, tali, topeng mulut, jaket dan beg mengandung­i pisau.

“Semakan mendapati kedua-dua suspek berusia 26 dan 27 tahun yang beralamat di Batu Caves, Selangor itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan saringan

Sungai Buloh: “Saya tidak pasti van itu sengaja dibakar atau terbakar sendiri, namun dua penjenayah itu berjaya diberkas orang ramai,” ujar kariah Masjid Sungai Plong, Che Rahim Che Omar, 57.

Dia berkata, kejadian berlaku ketika dia bersiap ke masjid bagi menunaikan solat Maghrib sebelum menyedari kejadian culik itu.

Menurutnya, dia bagaimanap­un melihat van berkenaan sudah terbakar dan ketika itu, orang ramai memenuhi kawasan tepi jalan.

“Saya dimaklumka­n ada dua lelaki di dalam van itu ditangkap kerana menculik, selain van berkenaan turut merempuh motosikal dan kenderaan di kawasan tapak pasar di Paya Jaras,” katanya.

Menurutnya, van berkenaan terbakar ujian air kencing juga negatif,” katanya.

Menurutnya, van digunakan suspek dilaporkan dicuri pada jam 3 pagi hari kejadian di Jinjang, Kepong. sepenuhnya ketika kawasan itu mulai lengang dengan orang awam.

Tidak dapat dipastikan sama ada van itu dibakar atau kesan perlanggar­an yang menyebabka­n minyak tumpah.

“Keadaan jalan memang sesak kerana kenderaan dari Sungai Buloh tidak dapat melalui jalan itu akibat api marak,” katanya.

Penduduk yang enggan dikenali berkata, dia terdengar bunyi seretan tayar yang kuat di hadapan rumahnya sebelum melihat sebuah van berwarna putih terbabas di kiri jalan dan merempuh pokok di hadapan rumah jirannya.

“Saya keluar dari rumah dan melihat seorang lelaki cuba melarikan diri, namun dikejar dan ditahan orang ramai.

“Manakala pemandu van yang memakai topeng mulut berwarna hitam pula ditarik keluar orang ramai,”katanya.

 ??  ?? VAN yang digunakan suspek terbakar selepas terbabas di Kampung Sungai
Plong.
VAN yang digunakan suspek terbakar selepas terbabas di Kampung Sungai Plong.
 ??  ?? DR Abdul Aziz menunjukka­n wang dan nota penculikan yang dirampas daripada penculik.
DR Abdul Aziz menunjukka­n wang dan nota penculikan yang dirampas daripada penculik.
 ??  ?? BEG yang dipercayai untuk menyumbat mangsa.
BEG yang dipercayai untuk menyumbat mangsa.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia