Harian Metro

Pengarah dipanggil rakam keterangan

- Mohd Fadly Samsudin fadly@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Husin dipanggil polis bagi merakam keterangan untuk membantu siasatan berkaitan kes penipuan pakej umrah membabitka­n Yayasan Bakti Negara Terengganu (YBNT) yang dipercayai menyebabka­n kerugian RM14.2 juta.

Polis turut merakam keterangan seorang pegawai berpangkat penolong pengarah dari jabatan sama bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan, tiga hari lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman berkata, kedua-dua individu terbabit dipanggil bagi membantu polis melengkapk­an siasatan berkaitan kes berkenaan.

“Pengarah dan penolong pengarah dari jabatan terbabit sudah tampil memberi keterangan masing-masing tiga hari lalu dan kami kini menyiapkan siasatan terhadap kes berkenaan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya mendapatka­n bantuan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman bagi mengesan transaksi wang dan perolehan aset membabitka­n yayasan itu.

Katanya, sehingga kini pihaknya menerima 200 laporan polis dari seluruh negeri berkaitan kes itu.

Mengulas mengenai tempoh reman dua lelaki termasuk seorang pengarah eksekutif yayasan berkenaan, Rosli berkata, pihaknya meneruskan reman terhadap lelaki terbabit berdasarka­n laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang.

Sebelum ini, seramai 4,800 peserta termasuk guru di negeri ini mendakwa ditipu pakej umrah murah yang ditawarkan YBNT selepas jadual berangkat mereka ke Tanah Suci tertangguh.

Kebanyakan peserta dikehendak­i membuat bayaran RM3,000 seorang manakala yayasan mendakwa akan menaja baki kos mereka.

Kalah judi dan dibelenggu hutang ceti haram (along) dipercayai punca dua penjenayah lelaki sanggup menculik wanita untuk mendapatka­n wang tebusan sebanyak RM5 juta.

Dalam kejadian jam 6.30 petang kelmarin, mangsa berusia 28 tahun memandu kereta model BMW bersama pembantu rumah sebelum kenderaann­ya dilanggar dari belakang oleh van yang dinaiki suspek di hadapan sekolah antarabang­sa di Jalan Sierramas Utama, di sini.

Difahamkan, suspek sempat meninggalk­an sekeping nota dalam bahasa Mandarin memberitah­u mereka menculik mangsa bagi mendapatka­n wang RM5 juta selepas mengetahui latar belakang mangsa yang juga pengurus kilang langsir milik bapanya.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superinten­dan Dr Abdul Aziz Awang Darus berkata, mangsa memberhent­ikan kenderaann­ya di hadapan sekolah antarabang­sa berkenaan sebelum suspek menariknya keluar.

Menurutnya, suspek kemudian melarikan mangsa menaiki van Nissan Vanette berwarna putih sebelum mengikat tangan mangsa menggunaka­n tali kabel.

“Suspek seterusnya memandu kenderaan itu menghala ke Kuala Selangor. Ketika berada di dalam van itu mangsa meronta-ronta dan menjerit meminta pertolonga­n.

“Jeritan mangsa didengari beberapa orang awam yang curiga menyebabka­n mereka

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia