Harian Metro

Misi tinjau keadaan

-

„ Dua pasukan perintis dihantar ke Myanmar, Bangladesh sebelum ‘Food Flotilla For Myanmar’ belayar awal bulan depan

“Kumpulan ini akan mengadakan perbincang­an sebelum misi ini berlayar pada 3 Februari depan.

“Misi ini akan mengunjung­i dua tempat iaitu Rakhine dan Teknaf, Bangladesh. Ketika ini kami menunggu keputusan kerajaan Myanmar, setakat ini mereka tidak menolak permintaan kita,” katanya ketika ditemui selepas mengunjung­i pusat pengumpula­n barangan misi itu di Masjid Nurul Amin, Kampung Delek, di sini, semalam.

Sementara itu, Abdul Azeez yang juga Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) berkata, misi berkenaan akan dilepaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kira-kira jam 3 petang di Pelabuhan Klang.

Menurutnya, kapal kemanusiaa­n Nautical Aliya yang digunakan dalam misi itu akan berlabuh di Pelabuhan Klang pada 28 Januari ini.

Beliau berkata, 1,000 tan barangan membabitka­n pakaian, makanan dan ubat-ubatan akan dibawa kapal itu dalam misi berkenaan.

“Misi ini mengambil masa 18 hari dan kita akan membawa 200 aktivis daripada 14 badan bukan kerajaan membabitka­n lapan negara,” katanya.

Misi berkenaan dianjurkan KP1M, Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) serta NGO dari Turki, Turkiye Diyanet Vakfi (TDV).

Dalam pada itu, Abdul Azeez berkata, pihaknya yakin kerajaan Myanmar akan memberi kebenaran kepada mereka untuk memasuki Rakhine bagi menghantar bantuan.

“Mereka (kerajaan Myanmar) ada meminta senarai terperinci daripada kita seperti jenis barangan yang dibawa termasuk ubat-ubatan dan kita sudah serahkan,” katanya.

Sementara itu, wakil TDV Taskin Bumin Ayranci berkata, pihaknya terbabit dalam program itu berikutan kerajaan kedua-dua negara mempunyai hubungan yang erat serta membantu rakyat negara itu yang kini menjadi pelarian di pelbagai negara.

Katanya, TDV turut memberi dana RM500,000 dalam misi itu untuk membeli keperluan mereka.

“NGO ini yang ditubuhkan pada 1975 banyak membantu melalui pelbagai program di seluruh dunia.

“Kita berharap program ini berjalan lancar dan bantuan dapat disalurkan kepada rakyat Myanmar,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ABDUL Azeez (depan, dua dari kiri) bersama beberapa wakil NGO melihat barangan yang dikumpulka­n di Masjid Nurul Amin, Kampung Delek semalam.
ABDUL Azeez (depan, dua dari kiri) bersama beberapa wakil NGO melihat barangan yang dikumpulka­n di Masjid Nurul Amin, Kampung Delek semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia