Harian Metro

Harap polisi khas bantu OKU

-

Kuala Lumpur: “Saya berharap satu polisi yang baik dapat disediakan untuk orang kurang upaya (OKU) di negara ini dan ASEAN,” kata Fariz Abd Rani, 37.

Fariz seorang daripada 15 peserta program Kerjasama Universiti ASEAN, Dasar Awam dan Kurang Upaya (AUN-DPPnet) yang diadakan di Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya, di sini, semalam.

Program berkenaan dirasmikan Ketua Setiausaha Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dr Rose Lena Lazemi.

Dia yang juga aktivis daripada Pertubuhan Young Voice Sabah berkata, harapan berkenaan bertujuan memastikan golongan terbabit tidak ditindas terutama yang membabitka­n kemudahan khas disediakan.

“Dengan adanya polisi itu nanti lebih banyak kemudahan mesra OKU dapat disediakan di negara ini.

“Kuala Lumpur menjadi satu contoh yang baik kerana menyediaka­n banyak kemudahan itu (mesra OKU) berbanding tempat kelahiran saya di Kota Kinabalu, Sabah,” katanya.

Katanya, bengkel yang berlangsun­g pada 2 hingga 26 Januari itu menjurus kepada perkongsia­n idea mengenai kelebihan kemudahan OKU yang ada di negara peserta.

Sementara itu Pengarah Program AUN-DPPnet, Profesor Dr Yahaya Ahmad berkata, program berkenaan akan memainkan peranan penting bagi memperkasa­kan golongan terbabit menerusi beberapa program yang dirangka membabitka­n kerjasama dengan Yayasan Nippon selama tiga tahun sehingga 2019.

 ??  ?? DR Rose Lena (tiga dari kiri) pada perasmian AUN-DPPnet.
DR Rose Lena (tiga dari kiri) pada perasmian AUN-DPPnet.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia