Harian Metro

Remuk hati isteri

- Zuliaty Zulkiffli am@hmetro.com.my

“Kakak (Hamidah Zakaria, 26) tetap nak bawa bayi ini dan dua anaknya datang ke sini untuk melihat jasad bapa mereka walaupun penduduk kampung melarangny­a kerana dia masih lemah dan berpantang.

“Namun, kami sekeluarga bersyukur mayatnya ditemui akhirnya dan kakak terpaksa kuat untuk meneruskan kehidupann­ya demi tiga anaknya yang masih kecil dan reda dengan apa yang berlaku,” kata Habibah Zakaria, 24, adik ipar Shukri Abd Rashid, 30, yang ditemui lemas, pagi semalam.

Jasad suaminya ditemui terapung berhampira­n Pulau Songsong di Yan, 19 batu nautika dari Kuala Kedah iaitu tempat mangsa dilaporkan terjatuh pada awal pagi Ahad lalu.

Mayat mangsa ditemui jam 8.30 pagi iaitu pada hari keempat operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan oleh pasukan penyelamat membabitka­n Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) dan Polis Marin.

Bagaimanap­un mangsa, Hamidah yang ditemui di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Jeti Kuala Kedah di sini semalam enggan ditemubual kerana terlalu sedih dengan apa yang berlaku malah berpantang selepas melahirkan bayi ketiganya malam Ahad lalu.

Lebih menyedihka­n ibu mangsa, Rokiah Mohamad, 50, hampir pengsan selepas melihat mayat anak tunggalnya ketika pengecaman dilakukan sebaik pasukan bomba mengangkat mayat berkenaan dari bot manakala anak sulung arwah, Muhammad

isteri Shakir Hafuza Shukri, 7, turut menangis memanggil bapanya berulang kali.

Mayat Shukri kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk tindakan lanjut sebelum dituntut ahli keluargany­a untuk dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Lorong Mayat, Kuala Kedah, di sini petang semalam.

Rokiah ketika ditemui sebelum itu berkata, dia berharap anaknya ditemui sama ada hidup atau mati supaya jasadnya dapat dikebumika­n di sini.

Katanya arwah, anak tunggalnya dan mereka menetap di Kuala Kedah sejak arwah bekerja sebagai nelayan dua tahun lalu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superinten­dan Rohana Omar berkata, mayat mangsa ditemui jam 8.30 pagi oleh nelayan sebelum pasukan Bomba dan Penyelamat serta APMM menuju ke lokasi untuk membuat pemeriksaa­n.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam. ANGGOTA penyelamat mengangkat mayat Shukri. Gamba r kecil, Hamidah dibawa untuk buat pengecaman.
LAPORAN Harian Metro, semalam. ANGGOTA penyelamat mengangkat mayat Shukri. Gamba r kecil, Hamidah dibawa untuk buat pengecaman.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia