Harian Metro

‘Bukan kes pegawai saya’

- Nur Ain Musdad am@hmetro.com.my

„ Ketua Menteri perjelas kunjungan SPRM ke pejabatnya

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron menafikan pegawainya disoal siasat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ke pejabatnya di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, Isnin lalu.

Idris berkata, kedatangan pegawai SPRM berkenaan juga dilakukan mengikut jadual ditetapkan lebih awal bertujuan membantu siasatan penahanan pegawai khas Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) November lalu.

“Kalau betul pun pegawai Ketua Menteri disiasat, saya tidak akan halang, malah mana-mana pegawai saya didapati terbabit

(rasuah) perlu berhadapan siasatan termasuk kemungkina­n dituduh dan dijatuhi hukuman.

“Saya tidak akan melindungi mana-mana pegawai, namun berikan saya bukti cukup, di mana ia berlaku, masa serta siapa terbabit,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat EXCO di Seri Negeri, Ayer Keroh, semalam.

Menurut Idris, beliau menyerahka­n kepada Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Husin untuk mengambil tindakan terhadap pegawai berkenaan.

Beliau turut menyelar kenyataan Pengerusi PKR negeri yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Mohd Akin berhubung kenyataan memintanya supaya berehat atau meletak jawatan susulan siasatan kes rasuah itu.

“Pemimpin pembangkan­g kalau mahu buat kenyataan, sila buat kajian terlebih dulu. Siapa mereka mahu arah saya letak jawatan, jangan main politik, jaga ahli cawangan.

“Saya tak pernah halang proses siasatan SPRM terhadap mana-mana pegawai Ketua Menteri yang amalkan rasuah. Saya tidak akan lindungi mereka,” katanya.

Pada sidang media sama, beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarha­m Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem yang meninggal dunia tengah hari

semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia