Harian Metro

Reman KSU, anak lanjut 4 hari

-

Putrajaya: Perintah tahanan reman terhadap Ketua Setiausaha (KSU) Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan seorang anak lelakinya disambung empat hari hingga 15 Januari ini, manakala seorang lagi anaknya dibebaskan dengan jaminan.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman terhadap individu bergelar Datuk berusia 59 tahun dan anak sulungnya berusia 34 tahun di Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini, semalam.

Seorang lagi anak lelakinya berusia 29 tahun dibebaskan dengan jaminan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan ikat jamin RM10,000 dan pemuda terbabit turut membayarny­a.

Kes berkenaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya SPRM Amer Abu Bakar Abdullah.

Terdahulu, ketiga-tiga beranak itu dibawa ke Mahkamah Majistret, di sini, jam 9.55 pagi dengan masing-masing menaiki tiga kereta berasingan dan diiringi pegawai SPRM.

Mereka memakai baju lokap warna jingga manakala seluruh muka dan kepala juga ditutup.

Perintah itu dikeluarka­n bagi membantu siasatan berhubung penyalahgu­naan kuasa, jawatan dan kedudukan dengan menerima rasuah daripada mereka yang berkepenti­ngan.

Pada 4 Januari lalu, KSU terbabit ditahan di kediamanny­a USJ Subang Jaya, Selangor jam 8 pagi, manakala kedua-dua anak lelakinya ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah (SPRM), di sini, selepas selesai memberi keterangan.

Kedua-dua anak lelaki KSU terbabit adalah pengurus di dua syarikat berbeza.

Siasatan terhadap ketiga-tiga individu itu dijalankan mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Seksyen 165 Kanun Keseksaan menyatakan penjawat awam menerima benda berharga dengan tiada balasan daripada orang yang ada kena-mengena dalam apa-apa prosiding atau urusan dijalankan penjawat awam itu.

Menerusi pemeriksaa­n di rumah suspek, SPRM merampas jongkong emas, beg tangan berjenama dan jam tangan mewah bernilai lebih RM3 juta.

SPRM turut merampas sejumlah dokumen daripada peguam di pejabatnya di Puchong yang dipercayai dapat membantu siasatan SPRM.

 ??  ?? KSU (dua dari kanan) bersama anaknya (dua dari kiri) dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam.
KSU (dua dari kanan) bersama anaknya (dua dari kiri) dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia