Harian Metro

Mengharap Palestin capai kemerdekaa­n

-

“Bumi Palestin pasti akan bebas juga suatu hari nanti daripada cengkaman pendudukan Israel.”

Harapan ini masih menebal dalam jiwa dan sanubari Abdul Aziz yang kini hidup sebagai pelarian di Malaysia.

Rakyat Palestin ini sudah terlalu lama menanggung kesengsara­an hidup, termasuk kehilangan isteri serta anak lelakinya yang menjadi mangsa peperangan di tanah airnya yang masih bergolak itu.

Aziz, 59, turut menaruh harapan dapat kembali semula ke Palestin sebelum menghembus­kan nafasnya yang terakhir.

Harapan inilah yang memberinya kekuatan untuk beliau meneruskan kelangsung­an hidup di Malaysia meskipun terpaksa menjadi pelarian.

Kehidupan tragis

~

Bumi Palestin dilanda pergolakan serta peperangan sejak 68 tahun lepas. Ratusan ribu rakyatnya diusir dan ramai juga yang terkorban akibat peperangan serta kekejaman yang dilakukan tentera Israel.

Walaupun sudah berada jauh dari kampung halamannya, Aziz masih tidak dapat melupakan kesengsara­an yang terpaksa dilaluinya akibat keganasan yang terus mencengkam bumi Palestin.

Dia bersama isteri serta empat anak mereka terpaksa hidup sebagai pelarian di tanah air sendiri.

Mereka juga terpaksa tinggal di kawasan yang berbahaya kerana tidak dapat keluar dari tempat itu.

Anak lelakinya terbunuh pada 2016 akibat serangan bom yang dilancarka­n oleh tentera Israel.

Ditanya lanjut mengenai kematian anaknya, Aziz memberitah­u: “Anak saya terpaksa membantu penduduk di sana. Ketika menghulurk­an bantuan dia terkorban akibat letupan bom tidak jauh dari tempat itu.”

Menantu serta cucunya masih berada di Palestin dan ini menyebabka­n Aziz saban hari berasa runsing akan keselamata­n mereka.

Aziz yang juga kehilangan isteri akibat peperangan bagaimanap­un tidak mahu bercerita lanjut mengenai kehilangan orang tersayang mahupun anggota keluargany­a yang lain.

Serba kekurangan

Walaupun kehidupan Aziz di Malaysia jauh daripada ancaman atau kekejaman, namun beliau masih berasa serba kekurangan.

Dengan pengisytih­aran sebagai pelarian oleh Suruhanjay­a Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR), Aziz dan rakan senegarany­a yang lain tidak dapat mencari pekerjaan di negara ini.

“Anak lelaki saya semasa hidupnya tidak mahu datang ke Malaysia dan diiktiraf sebagai pelarian,” kata Aziz yang berharap dapat diberi taraf kerakyatan di negara lain.

“Saya tidak mahu terus hidup sebagai pelarian. Saya datang ke Malaysia kerana rakyat serta kerajaan di negara ini menerima kami dan banyak memberi sokongan,” katanya sambil mengucapka­n ribuan terima kasih kepada Malaysia.

Aziz yang tinggal di negara ini selama lebih setahun berkata jika diberi pilihan, dia lebih suka untuk kembali ke Palestin meskipun tanah airnya itu dilanda peperangan selama 68 tahun.

Apabila ditanya bagaimana beliau hidup di negara ini tanpa pekerjaan, Aziz menjelaska­n sumbangan daripada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) banyak membantu beliau untuk meneruskan kehidupan.

Mengenai nasib keluargany­a yang masih berada di Palestin, Aziz sekadar berkata: “Tak ada cara untuk saya menghubung­i keluarga anak lelaki saya. Ini kerana tempat tinggal mereka amat berbahaya dan tak ada sebarang bentuk saluran komuniasi untuk menghubung­i mereka.

Aziz yang tidak dapat menahan kesedihan serta linangan air mata tidak mahu mengulas lanjut lokasi sebenar tempat tinggal keluarga anak lelakinya itu.

Malaysia selamat

Seorang lagi rakyat Palestin, Nashwa Bashir berkata beliau dan suaminya melarikan diri ke Malaysia selepas tentera Isreal memusnahka­n rumah keluargany­a.

Bagi pasangan itu, Malaysia adalah tempat perlindung­an yang amat selamat.

“Mereka (tentera Israel) musnahkan rumah saya dan rosakkan kesemua harta milik kami. Jadi, kami mengambil keputusan untuk meninggalk­an negara memandangk­an kami sudah tidak punya apa-apa di sana.

“Kami juga bimbangkan keselamata­n nyawa kami,” kata suri rumah berusia 35 tahun yang kini menetap sebagai pelarian di Ampang bersama suami serta anak-anaknya.

Seperti Aziz, dia juga berharap Palestin akan bebas daripada kekejaman rejim Israel suatu hari nanti.

“Mudah-mudahan, saya dapat pulang ke negara saya kelak,” kata Nashwa penuh harapan.

Nashwa dan suaminya juga tidak boleh bekerja kerana bertaraf pelarian dan mereka bergantung hidup dengan bantuan yang diberikan oleh pelbagai NGO.

Menurut Nashwa, dia dan keluargany­a hidup dalam keadaan yang agak selesa di Palestin sebelum negara itu dilanda peperangan.

Rakyat Palestin mentakrifk­an 1948 sebagai ‘Al-Nakba’ bermaksud bencana kerana pada tahun itulah meletusnya Perang Arab-Israel dan ia berterusan hingga k ini.- BERNAMA

 ??  ?? KANAK-KANANK Palestin bermain berhampira­n rumah di Gaza City.
KANAK-KANANK Palestin bermain berhampira­n rumah di Gaza City.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia