Harian Metro

Tiga elemen penting pembanguna­n Bagan Datuk

-

Bagan Datuk diisytihar sebagai daerah ke-12 di Perak oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Isnin lalu. Ia kini menjadi Majlis Daerah Bagan Datuk, sekali gus ejaan Bagan Datoh secara rasmi ditukar kepada Bagan Datuk.

Majlis berlangsun­g di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk (SABDA) dengan cukup bersejarah bagi rakyat negeri Perak Darul Ridzuan, khususnya masyarakat daerah baru itu.

Bagan Datuk yang terletak di hujung peta negeri yang berada berhampira­n muara pantai sebelum ini di bawah pentadbira­n daerah Hilir Perak.

Daerah berkeluasa­n 94,969.9 hektar dan mempunyai kira-kira 70,300 penduduk itu pastinya menerima pelbagai tranformas­i sejurus menjadi daerah terbaru Perak.

Pelbagai perancanga­n diatur Ahli Parlimen Bagan Datuk yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi demi memastikan pembanguna­n dan kemajuan dipertingk­atkan di daerah itu.

Antara ditekankan Ahmad Zahid yang juga anak jati Bagan Datuk pada sidang media selepas majlis itu adalah tiga elemen penting dalam pembanguna­n iaitu bantuan kerajaan, pelaburan langsung asing dan pembabitan pihak swasta.

Satu daripada pembanguna­n infrastruk­tur yang dirancang pembinaan Taman Perindustr­ian Berat Negeri Perak antara kawasan Bagan Sungai Tiang sehingga Bagan Sungai Belukang di Bagan Datuk.

Selain memberi peluang pekerjaan, kewujudan taman seluas 1,360 hektar berkenaan dapat meningkatk­an ekonomi penduduk negeri kedua terbesar di Semenanjun­g Malaysia itu.

Ada lebih 11 projek akan dilaksanak­an, termasuk menaik taraf jeti, membina Dataran Komuniti Bagan Datuk, Kompleks Sukan Bagan Datuk, Maktab Rendah Sains Mara dengan jumlah keseluruha­n peruntukan RM1.3 bilion oleh kerajaan persekutua­n menerusi Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11).

Pastinya kehadiran tahun baru turut memberi lembaran baru kepada penduduk daerah itu, apatah lagi

2017 diraikan sebagai Tahun Melawat Perak (TMP).

Dalam menyambut TMP, rakyat negeri ini dikejutkan dengan aksi bahaya sekumpulan lapan belia yang memanjat arca gergasi ‘IPOH’ berhampira­n Jalan Kuala Kangsar.

Serentak itu, Ipoh yang dipilih sebagai antara 10 destinasi menarik oleh penerbitan majalah pelancong terkenal Lonely Planet menjadi tumpuan berikutan rakaman aksi berani dan berbahaya kumpulan belia berkenaan.

Kumpulan termasuk tiga wanita menjadi tular beberapa hari sebelum dunia menyambut tahun baru.

Pelbagai respon diberikan netizen, termasuk yang mengecam aksi kumpulan berkenaan.

Aksi mereka seolah-olah mempromosi Ipoh cukup berkesan, namun perlu kena pada gayanya.

Kita tahu apa yang dilakukan kumpulan berkenaan sememangnn­ya mengundang kejadian tidak diingini.

Begitupun, jurucakap kumpulan berkenaan sudah memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak dan menyedari akan kesilapan yang dilakukan mereka.

Mereka memaklumka­n tindakan menyebar video aksi berbahaya itu bukan dilakukan sendiri, sebaliknya sebuah laman sosial yang menemubual mereka.

Kini terpulang kepada siasatan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya berhubung perbuatan mereka itu.

Selepas mengadakan pertemuan dengan kumpulan itu, kerajaan negeri menerusi Pengerusi Jawatan Kuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan Negeri Perak Datuk Shahrul Zaman Yahya bercadang mewujudkan kumpulan ekstrem negeri Perak.

Ini amat dialu-alukan. Kebolehan serta keberanian kumpulan berkenaan dapat memberi galakkan kepada golongan remaja melakukan aktiviti sihat serta dapat mengelak daripada terjebak dalam gejala negatif.

 ??  ?? SEBUAH keluarga memanaskan badan di luar khemah di Khan Younis, Gaza.
SEBUAH keluarga memanaskan badan di luar khemah di Khan Younis, Gaza.
 ??  ?? SULTAN Nazrin berkenan merasmikan Pengisytih­aran Daerah Bagan Datuk.
SULTAN Nazrin berkenan merasmikan Pengisytih­aran Daerah Bagan Datuk.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia