Harian Metro

Warga Afrika buka kedai beli barang curi

-

Kuala Lumpur: Warga Afrika yang menetap di negara ini semakin ‘berani’ apabila membuka perniagaan kitar semula dengan tujuan membeli pelbagai barangan curi.

Empat suspek berusia antara 29 hingga 47 tahun itu dikesan membuka perniagaan itu di Setapak di sini, sejak beberapa bulan lalu.

Mereka bagaimanap­un ditahan polis dalam Ops Lusuh yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul kira-kira jam 3.30 petang kelmarin, selepas risikan dilakukan.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, pihaknya terlebih dahulu membuat intipan selama 30 minit.

“Premis berkenaan menjalanka­n perniagaan menjual alat ganti dan barang terpakai. Polis kemudian melakukan serbuan dan menahan empat lelaki warga Afrika.

“Polis kemudian melakukan pemeriksaa­n dan menemui empat kenderaan pelbagai model, beberapa televisyen, pemain DVD dan komputer riba,” katanya ketika ditemui sejurus Perhimpuna­n Bulanan IPD Sentul, di sini, semalam.

Beliau berkata, suspek gagal mengemukak­an dokumen terhadap barang terpakai yang dimiliki.

“Mereka juga didapati tidak mempunyai lesen yang sah untuk menjalanka­n perniagaan barang lusuh.

“Semua warga Afrika itu direman selama 14 hari bermula hari ini (semalam) dan kes disiasat mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya kerana gagal memberi penjelasan terhadap barang yang dimiliki,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia