Harian Metro

Suri rumah dibelasah tiga pondan naik angin

-

Segamat: Seorang suri rumah patah tangan kiri dibelasah tiga pondan yang berang selepas mendengar wanita itu memburuk-burukkan mereka kerana tidak tahu memasak dan memuat kerja rumah.

Dalam kejadian jam 5 petang kelmarin itu, wanita berusia 44 tahun itu turut cedera di kepala dan perut diserang pondan berkenaan di sebuah taman perumahan di Chaah, di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superinten­dan Yusuf Unis berkata, wanita terbabit pada mulanya berbual dengan jirannya.

Bagaimanap­un, katanya wanita itu dipercayai memperkata­kan sesuatu berkenaan tiga pondan yang berusia 20, 24 dan 31 tahun itu yang kebetulan turut mencuri dengar perbualan wanita itu.

“Kebetulan ketiga suspek melalui berhampira­n rumah wanita itu dan terdengar nama mereka disebut kononnya tidak pandai mengemas rumah dan tidak tahu memasak.

“Selepas beberapa minit mendengar perbualan itu, suspek hilang sabar dan menyerang wanita itu dengan selipar dan kerusi kayu menyebabka­n timbul kekecohan ,” katanya di pejabatnya, di sini, semalam.

Yusof berkata, akibat serangan itu mangsa cedera dan dihantar oleh jiran ke klinik swasta di Chaah sebelum dirujuk ke Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk rawatan.

Katanya, polis yang menerima maklumat daripada orang awam menjalanka­n gerakan mengesan ketiga-tiga suspek dan menemui serta memberkas mereka di sekitar pekan Chaah sejam kemudian.

 ??  ?? YUSUF
YUSUF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia