Harian Metro

GRO di sebalik ‘mi kirai’

„ Sindiket berselindu­ng kedai tidak berlesen tawar khidmat seks

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

Berselindu­ng di sebalik papan tanda kedai mi untuk menjalanka­n kegiatan ‘menjual’ wanita Vietnam untuk khidmat seks.

Itu taktik digunakan sindiket pemerdagan­gan manusia yang dikesan memperdaya 11 wanita Vietnam sebelum dipaksa menjadi pelacur di sebuah premis di Bandar Baru Sri Petaling di sini.

Kegiatan itu terbongkar selepas polis menyerbu premis itu dan menyelamat­kan semua mangsa eksploitas­i seks jam 4.30 petang kelmarin.

Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Anti Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa, berkata, serbuan dilakukan sepasukan anggota D7 dari Unit Pencegahan Maksiat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Katanya, premis itu dijaga seorang lelaki berusia

20-an.

“Pemeriksaa­n dilakukan menemui 11 wanita warga Vietnam berusia 20 hingga 31 tahun dan dua daripada mereka tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

“Siasatan lanjut pihak polis mendapati semua mangsa dijanjikan pekerjaan lain sebelum dipaksa menjalanka­n kegiatan maksiat,” katanya.

Rohaimi berkata, hasil semakan dilakukan mendapati premis terbabit tidak mempunyai lesen perniagaan sah.

“Polis turut merampas perakam kamera litar tertutup (CCTV), telefon bimbit, 31 peket kondom, dua botol cecair digunakan bagi tujuan seks, jadual kerja dan wang tunai berjumlah RM770.

“Lelaki penjaga premis terbabit ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 12 Akta Anti pemer dagangan Orang dan Anti Penyeludup­an Migran (Atipsom) 2007,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi status yang dimuat naik di laman Facebookny­a, kelmarin mengucapka­n tahniah atas kejayaan JSJ Bukit Aman terbabit.

 ??  ?? LOKASI sindiket jalan aktiviti pemerdagan­gan manusia.
LOKASI sindiket jalan aktiviti pemerdagan­gan manusia.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia