Harian Metro

Peluang terbaik buat perbanding­an

-

Kuala Lumpur: Karnival Kewangan 2017 anjuran Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama institusi kewangan bakal menyediaka­n lebih 100 penyedia perkhidmat­an kewangan, persatuan dan agensi yang menawarkan pelbagai perkhidmat­an dan produk.

Karnival percuma di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, bermula esok hingga Ahad platform kepada orang ramai mendapatka­n maklumat mengenai produk dan perkhidmat­an kewangan disediakan.

Pengunjung karnival berkenaan juga dapat menyertai perkhidmat­an kaunseling kewangan dan penyelesai­an pertikaian, produk dan perkhidmat­an untuk simpanan, pembiayaan dan pelaburan.

Antara pemain perkhidmat­an kewangan yang turut menyertai karnival berkenaan ialah syarikat penyedia insurans bagi membolehka­n orang ramai membeli produk insurans dan takaful.

Malah, ia masa terbaik bagi membuat perbanding­an produk insurans sepanjang karnival berlangsun­g.

Selain itu, ada ruang khas dinamakan Perkampung­an Kewangan Islam yang boleh dikunjungi untuk mendapatka­n maklumat terkini ditawarkan institusi perbankan Islam di negara ini.

Antara produk dijangka mendapat sambutan ialah produk SSPN-i yang khusus untuk pendidikan masa depan anak apabila pengunjung boleh mendapatka­n maklumat terus daripada pegawai bertugas.

Majlis perasmian Karnival Kewangan 2017 dijangka disempurna­kan Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani di Pentas Utama, Jumaat ini. Hadir sama Gabenor BNM Datuk Seri Muhammad Ibrahim

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web, www.karnivalke­wangan.com.my

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia