Harian Metro

Wajah baru Dairy Champ

-

Kuala Lumpur: Jenama susu krimer kegemaran keluarga, Dairy Champ, melantik Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida dan penyanyi kumpulan Alleycats, Datuk David Arumugam, sebagai wajah baru kempen produk tenusu itu.

Vida dan David akan terbabit dalam penggambar­an iklan untuk televisyen, surat khabar selain melaksanak­an kempen yang bakal diumumkan tidak lama lagi.

Peminat Vida dan David pasti terhibur dengan gelagat mereka berdua yang ditonjolka­n dalam bentuk visual kreatif.

Naib Presiden Pemasaran dan Pembanguna­n Perniagaan Etika Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai Permanis Sandilands Sdn Bhd) Hemalatha Ragavan berkata, pihaknya teruja dengan pelbagai aktiviti untuk kempen itu nanti.

“Kami tidak sabar untuk berkongsi usaha kami dengan pengguna tempatan. Dairy Champ berharap untuk menetapkan penanda aras industri dengan kempen ikonik ini kerana ia akan menjadi yang pertama seumpamany­a.

“Kami juga berharap kempen ini sentiasa diingati dan menarik kepada pengguna,” katanya.

Selain Vida dan David, Dairy Champ juga melantik beberapa duta untuk terus menyokong kempen ini dan ia akan diumumkan tidak lama lagi.

Jenama ini juga akan melancarka­n produk baru bagi produk sedia ada untuk memastikan pengguna mendapat kegembiraa­n sebenar daripada makanan dan minuman mereka.

Pelancaran kempen itu dijadual diumumkan tidak lama lagi dan pengguna boleh melihat maklumat dan kemas kini berkenaan kempen melalui http://www.etikaholdi­ngs.com /brand/dairy-champ/.

 ??  ?? ANTARA produk Dairy Champ.
ANTARA produk Dairy Champ.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia