Harian Metro

Kedi didakwa bunuh

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@hmetro.com.my

„ Rakan wanita ditemui mati depan pondok

Seorang kedi golf kelihatan tenang apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas tuduhan membunuh seorang wanita yang juga rakannya, bulan lalu.

Tertuduh, Mohd Hayattulnu­rul Mohd Ghazali Ejau, 27, yang berpakaian lokap berwarna jingga juga kelihatan tenang ketika menjawab faham pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah terhadapny­a.

Bagaimanap­un, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah, Hairul Azhar Mohamad.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan bunuh dengan menyebabka­n kematian ke atas Rovina Md Shariff, 37, di hadapan pondok, Lot 3702, Ladang Getah, Jalan Haji Salleh, Kampung Lukut, di sini.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh antara jam 9.15 malam, 10 Disember 2016 hingga jam 11 pagi, 12 Disember 2016.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suhaila Shafi’uddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 13 Februari depan sementara menunggu laporan bedah siasat, kimia dan forensik.

Sementara itu, di mahkamah sama, tertuduh mengaku bersalah bagi tuduhan memasukkan atau memberikan dadah berbahaya iaitu methamphet­amine dan amphetamin­e ke dalam badan di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi, jam 2.20 pagi, 8 September 2015.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a), Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntu­kkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun dan pengawasan polis juga maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Bagaimanap­un, mahkamah menetapkan tarikh yang sama untuk sebutan semula bagi menjatuhka­n hukuman.

Harian Metro bulan lalu melaporkan penemuan mayat seorang wanita dalam keadaan terlentang dengan tangan berikat di belakang dalam ladang getah, di sini, pada 12 Disember 2016.

Hasil bedah siasat ke atas mayat wanita yang mempunyai lima anak itu mendapati mangsa meninggal dunia akibat jerutan di leher.

 ?? FOTO: ?? MOHD Hayattulnu­rul dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi, semalam.
FOTO: MOHD Hayattulnu­rul dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia