Harian Metro

Amaran laku tiga kesalahan

- Asrizal Aris asrizal.aris@hmetro.com.my

Sebanyak 22 syarikat perkhidmat­an kawalan keselamata­n swasta yang diberi amanah menjaga aset milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu berdepan tindakan tegas tahun ini bagi menangani isu kesalahan dalam kalangan pengawal keselamata­n.

Pengarah Jabatan Penguatkua­saan DBKL, Mustafa Mohd Nor berkata, pengawal keselamata­n swasta DBKL yang melakukan kesalahan lebih tiga kali akan berdepan tindakan diberhenti­kan kerja dan syarikat keselamata­n tidak akan menerima bayaran penuh.

Katanya, tindakan diberhenti­kan kerja itu bergantung kepada kesalahan dilakukan dan pemotongan bayaran syarikat keselamata­n swasta itu adalah di antara RM10 hingga RM150.

“DBKL sudah menyenarai­kan 14 kesalahan yang sering dilakukan syarikat keselamata­n swasta itu termasuk membekalka­n pengawal warga asing, gagal menyediaka­n pengawal bersenjata api dan pengawal berusia lebih 60 tahun.

“Pemantauan akan dilakukan lebih giat oleh jabatan penguat kuasa penyelaras serta jabatan pengguna lain bagi memperting­katkan tahap kawalan keselamata­n aset milik DBKL,” katanya selepas Seminar Perkhidmat­an Kawalan Keselamata­n Swasta DBKL di Perpustaka­an Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Menurut Mustafa, perkhidmat­an kawalan keselamata­n swasta yang ditempatka­n di premis DBKL seperti taman awam, pusat komuniti, dewan serba guna dan aset lain membabitka­n 238 premis dengan kekuatan 525 pegawai keselamata­n swasta.

Katanya, kontrak di antara syarikat dan Datuk Bandar adalah selama dua tahun bermula 1 Januari lalu membabitka­n kos RM1 juta bagi satu syarikat.

“Kawalan ketat dan tekanan terhadap keselamata­n ini juga sebagai persediaan menghadapi isu ancaman pengganas yang memfokuska­n kepada bangunan kerajaan tertentu termasuk milik DBKL.

“Selain itu, ia juga bagi memperting­katkan tahap kawalan keselamata­n swasta bagi menjaga aset milik DBKL dan mengelakka­n aktiviti vandalisme,” katanya yang merasmikan seminar itu, semalam.

Turut hadir, Pengarah Keselamata­n Negeri, Wahid Hamzah dan Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkua­saan DBKL, Zulhainan Md Isa.

 ??  ?? MUSTAFA (dua dari kiri) menerima cenderahat­i daripada Zulhainan (dua dari kanan).
MUSTAFA (dua dari kiri) menerima cenderahat­i daripada Zulhainan (dua dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia