Harian Metro

LANDASAN TEPAT

- HafizIthni­n hafizithni­n@ mediaprima.com.my

Sektor koperasi rekod perolehan RM35.26b setakat Disember lalu

Sektor koperasi negara dilihat berada di landasan tepat untuk mencatatka­n perolehan RM50 bilion menjelang 2020. Setakat Disember tahun lalu, ia berjaya merekodkan perolehan RM35.26 bilion hasil pelbagai aktiviti perniagaan dijalankan.

Pengerusi Eksekutif Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) Datuk Dr Noor Zari Hamat berkata, bagi mencapai sasaran itu, pemain sektor itu perlu terus menjana idea membangunk­an perniagaan menggunaka­n teknologi semasa terutama sistem e-dagang yang mampu meluaskan aktiviti pasaran.

Menurutnya, perniagaan e-dagang mampu menghubung­kan sistem perniagaan yang kritikal secara terus kepada perniagaan, pekerja dan pembekal menerusi Internet tanpa mengira saiz, lokasi dan jenis perniagaan.

Beliau berkata, Malaysia muncul sebagai negara ketiga mencatatka­n peratusan tertinggi untuk segmen pengguna Internet iaitu 67 peratus selepas Singapura dan Brunei daripada jumlah keseluruha­n pengguna di Asia Tenggara berjumlah 252.4 juta.

“Malah, sektor e-dagang Malaysia juga mencatatka­n satu daripada urus niaga dalam talian perkapita tertinggi di Asia Tenggara daripada rekod berkenaan. Maka, hasil penembusan Internet menunjukka­n ada potensi besar untuk pertumbuha­n pasaran e-dagang.

“Jika pemain sektor koperasi tempatan mampu mengeksplo­itasi platform e-dagang dalam perniagaan mereka, ia mampu memberi pulangan memberangs­angkan,” katanya di sini.

Setakat tahun lalu, ada 13,247 koperasi di Malaysia dengan tujuh juta anggota dan setiap tahun dianggarka­n jumlah keseluruha­n ahli dan perolehan mencatatka­n purata sembilan peratus pertumbuha­n dari setahun ke setahun.

Menurutnya, ada enam teras utama projek pembanguna­n sektor koperasi di negara ini merangkumi pemboronga­n dan peruncitan, pertanian, hartanah serta pelanconga­n, penjagaan kesihatan dan kewangan dengan semua sektor berkenaan berpotensi besar untuk diteroka.

Katanya, pada tahun ini, SKM memberi tumpuan kepada teras pemboronga­n dan peruncitan kepada pemain sektor koperasi tempatan bagi membantu meringanka­n beban ahli dan rakyat secara menyeluruh yang berdepan dengan cabaran kos sara hidup.

“Selain itu, kami sentiasa menggalakk­an lebih banyak koperasi terbabit dalam aktiviti eksport bagi mengembang­kan perniagaan ke negara asing dan tidak hanya tertumpu kepada pasaran tempatan,” katanya.

 ??  ??
 ?? Dr Noor Zari Hamat ?? Sektor e-dagang Malaysia juga mencatatka­n satu daripada urus niaga dalam talian perkapita tertinggi di Asia Tenggara”
Dr Noor Zari Hamat Sektor e-dagang Malaysia juga mencatatka­n satu daripada urus niaga dalam talian perkapita tertinggi di Asia Tenggara”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia