Harian Metro

Ekonomi Malaysia diramal tumbuh 4.3%

-

Kuala Lumpur: Bank Dunia meramalkan ekonomi Malaysia tumbuh 4.3 peratus pada tahun ini, sebelum terus berkembang 4.5 peratus tahun depan apabila penyesuaia­n kepada harga tenaga rendah berjalan lancar dan harga komoditi stabil.

Keadaan itu menunjukka­n perkembang­an secara sederhana daripada pertumbuha­n sebanyak 4.2 peratus pada tahun lalu.

Dalam satu kenyataan, Bank Dunia berkata, pertumbuha­n dalam kalangan negara pengekspor­t komoditi di rantau ini juga diramalkan meningkat dengan pesat.

“Indonesia dijangka meningkat kepada 5.3 peratus pada tahun ini daripada 5.1 peratus pada tahun yang baru berakhir, hasil daripada peningkata­n pelaburan swasta.

“Malaysia dijangka meningkat kepada 4.3 peratus pada tahun ini apabila penyesuaia­n kepada harga tenaga rendah berjalan lancar dan harga komoditi stabil,” katanya.

Pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pula berkuranga­n kepada lima peratus pada 2015 daripada enam peratus pada 2014.

Bagaimanap­un, prospek pertumbuha­n di beberapa negara pengekspor­t komoditi lebih kecil seperti Mongolia dan Papua New Guinea pula terus merosot.

Mengenai prospek pertumbuha­n Asia Timur dan rantau Pasifik, Bank Dunia mengunjurk­an ia susut kepada 6.2 peratus pada tahun ini susulan pertumbuha­n perlahan di China.

“Pengeluara­n di China dijangka perlahan kepada 6.5 peratus tahun ini,” katanya.

Bagi ekonomi global, Bank Dunia mengunjurk­an ia meningkat sederhana kepada 2.7 peratus pada tahun ini selepas berada pada paras rendah pasca krisis pada tahun lalu. - BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia