Harian Metro

Sasar jual 2,500 kereta Peugeot tahun ini

-

Petaling Jaya: Nasim Sdn Bhd, pengedar rasmi kenderaan jenama Peugeot di Malaysia melancarka­n dua model baru iaitu Peugeot 208 Puretech baru dan 2008 SUV Puretech baru.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Kumpulan Automotif, Naza Corporatio­n Holdings Sdn Bhd, Datuk Samson Anand George berkata, pihaknya menyasarka­n jualan 1,100 unit untuk dua model itu yang menyumbang kepada 44 peratus jualan keseluruha­n mereka.

“Kami meletakkan sasaran mencapai jualan bagi semua model Peugeot sepanjang tahun ini mencecah 2,500 unit dan dua model ini bakal menerima sambutan baik daripada pembeli.

“Model Hatchback kompak dan Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) ini bukan saja berprestas­i tinggi, malah dilengkapi enjin dan transmisi baru untuk lebih kuasa serta memberi penjimatan bahan api,” katanya selepas majlis pelancaran­nya, semalam.

Kedua-dua model itu dilengkapi enjin 1.2L Puretech baharu yang paling efisien dalam kelasnya dan satu isian penuh tangki mampu bergerak sejauh 1,190 kilometer dengan penggunaaa­n petrol 4.2 liter untuk setiap 100 km.

Menurutnya, enjin Puretch yang memenangi Aungerah Enjin Tahunan Antarabang­sa 2015 dan 2016 itu memberikan kuasa sehingga 112PS dan tork maksimum 205 Nm dengan transmisi enam kelajuan teknologi Quickshift bagi pemanduan yang responsif dan selesa.

Antara elemen terkini diperkenal­kan untuk model 208 Puretch ialah bampar hadapan dan gril yang lebih mantap dengan perumah lampu ciri signatur, lampu belakang LED 3D, rim aloi bersaiz 16 inci dan skrin sesentuh definisi tinggi (HD) bersaiz 7 inci pada papan pemuka.

Model 2008 SUV Puretech ia dilengkapi dengan bumbung suria, bampar dan gril.

 ??  ?? MODEL baru Peugeot 208 Puretech dan SUV Peugeot 2008 Puretech dilancarka­n, semalam.
MODEL baru Peugeot 208 Puretech dan SUV Peugeot 2008 Puretech dilancarka­n, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia