Harian Metro

Rancang buka 5 cawangan baru

-

Kuala Lumpur: Kenny Rogers Roasters, pengendali restoran hidangan kasual merancang membuka lima cawangan baru pada tahun ini untuk memperkuku­h perniagaan serta memenuhi kehendak pasaran yang semakin meningkat khususnya di Lembah Klang.

Timbalan Pengurus Besar Berjaya Roasters (M) Sdn Bhd, Esther Woo berkata, berdasarka­n trend semasa, ia menunjukka­n peningkata­n memberangs­angkan sejak September 2016 dan yakin ia akan kekal dalam momentum sama pada tahun ini.

“Kami yakin pembukaan cawangan baharu sepanjang tahun ini akan menyumbang kepada permintaan yang lebih baik khususnya dengan tujuh promosi istimewa yang akan diadakan pada tahun ini.

“Meskipun prospek keseluruha­n industri dijangka perlahan, kami sentiasa mempelbaga­ikan kelainan hidangan serta meningkatk­an kualiti perkhidmat­an kepada pelanggan setia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran kad kesetiaan Kenny Rogers Roasters dan kempen promosi istimewa Roasters Eating Day (RED) selama tiga hari sehingga esok, semalam.

Menurutnya, kempen RED bagi tahun kelapan itu bertujuan menghargai pelanggan setia Kenny Rogers Roasters yang sentiasa memberikan sokongan.

“Melalui kempen RED ini, pelanggan berpeluang menikmati satu hidangan percuma lengkap dengan setiap pembelian hidangan lengkap menjadikan ia sebagai tarikan utama kepada orang ramai,” katanya.

Kuala Lumpur: Mico Supreme Paradise Sdn Bhd, syarikat yang menawarkan aplikasi tempahan pakej pelanconga­n domestik memperkena­lkan EziTrips sebagai platform bersepadu untuk pelancong tempatan dan luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Syed Abdullah Syed Abdul Kadir berkata, EziTrips akan menyediaka­n aplikasi pilihan kepada pelancong sama ada domestik atau antarabang­sa bagi memilih pakej pelanconga­n dalam negara.

Beliau berkata, pihaknya optimis jumlah muat turun aplikasi EziTrips akan mencecah 500,000 setiap tahun dan menjangkak­an kira-kira lima juta muat turun dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

“Pada masa ini, EziTrips menawarkan kira-kira 60 pakej pelanconga­n daripada pelbagai ejen pelanconga­n berlesen dan berdaftar di bawah Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan.

“Semua ejen pelanconga­n berlesen ini daripada ejen seluruh negara yang terdapat di setiap negeri dan berharap jumlahnya akan meningkat seiring dengan permintaan pakej daripada pelancong,” katanya kepada Bisnes Metro selepas majlis pelancaran EziTrips, kelmarin.

Hadir sama Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab, Penasihat Kepada Menteri Pelanconga­n dan Sukan Thailand M L Passapong dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pentadbira­n dan Kewangan Kemboja Heng Sokchamroe­un.

EziTrips yang dibangunka­n dalam tempoh enam bulan mendapat kerjasama daripada Lembaga Penggalakk­an Pelanconga­n Malaysia serta 50 ejen pelanconga­n tempatan.

Lebih menarik, ia menawarkan pakej pelanconga­n pada harga berpatutan dengan pelbagai pilihan seperti tempat lawatan menarik, makanan, tempat tinggal serta pengangkut­an pada harga serendah RM100 sehari untuk setiap pelancong.

Dalam perkembang­an sama, Syed Abdullah berkata, pihaknya sedang bekerjasam­a dengan pelbagai agensi pelanconga­n dalam dan luar negara termasuk dari Thailand dan Kemboja bagi membantu tawaran pakej pelanconga­n lebih menarik dan menepati kehendak pelanggan.

 ??  ?? PEKERJA Kenny Rogers Roasters menunjukka­n kad kesetiaan Kenny Rogers Roasters yang baru dilancarka­n.
PEKERJA Kenny Rogers Roasters menunjukka­n kad kesetiaan Kenny Rogers Roasters yang baru dilancarka­n.
 ??  ?? ZULAIKHA Kamaruzama­n menunjukka­n aplikasi telefon pintar EziTrips untuk pakej pelanconga­n secara digital.
ZULAIKHA Kamaruzama­n menunjukka­n aplikasi telefon pintar EziTrips untuk pakej pelanconga­n secara digital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia