Harian Metro

Portal beli-belah patuh syariah

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima.com.my

„ KTHB koperasi pertama sedia platform niaga cara halal dalam Internet

Koperasi Tabung Haji Berhad (KTHB) menjadi perintis dalam kalangan entiti koperasi di negara ini apabila memperkena­lkan platform membeli-belah patuh syariah secara dalam talian, Haqqi.com.my.

Portal berkenaan yang dibangunka­n sejak November tahun lalu mendapat permintaan menggalakk­an daripada orang ramai kerana ia menawarkan pelbagai segmen produk merangkumi fesyen serta kelengkapa­n haji dan umrah.

Pengerusin­ya Helena Hashim berkata, pihaknya optimis segmen perniagaan portal itu mampu mendominis­i sumbangan sebanyak 40 peratus daripada keseluruha­n perolehan KTHB dalam tempoh setahun ia beroperasi.

Beliau berkata, jenama Haqqi turut dibangunka­n dalam bentuk butik fizikal yang ketika ini baru dibuka di Shah Alam dan bakal membuka lima cawangan lain termasuk di Bangi, Kuala Terengganu, Johor Bahru dan Kota Bahru pada suku pertama tahun ini.

“Perbelanja­an modal bagi membangunk­an portal dan butik fizikal Haqqi ini mencecah RM1 juta dan kita tidak menolak untuk mewujudkan sistem francais pada masa depan sekiranya mendapat sambutan memberangs­angkan.

“Setakat ini, ada tujuh jenama fesyen daripada pereka tempatan dan kami menekankan setiap produk yang mahu dijual di Haqqi perlu memenuhi peraturan patuh syariah,” katanya pada majlis pelancaran portal berkenaan, kelmarin.

KTHB mempunyai 875 ahli terdiri daripada kakitangan Kumpulan Tabung Haji dan setakat 2015, koperasi itu mencatatka­n keuntungan RM398,643 dengan segmen hartanah menyumbang sebanyak 20 peratus.

Antara portfolio perniagaan dijalankan KTHB ialah pengurusan bagasi dan umrah, suntikan vaksin, badal haji serta penyediaan barangan kelengkapa­n untuk jemaah haji.

 ??  ?? HELENA menyerahka­n kad keahlian pertama Haqqi kepada Pengerusi Eksekutif Suruhanjay­a Koperasi Malaysia, Datuk Dr Noor Zari Hamat (dua dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah (tengah).
HELENA menyerahka­n kad keahlian pertama Haqqi kepada Pengerusi Eksekutif Suruhanjay­a Koperasi Malaysia, Datuk Dr Noor Zari Hamat (dua dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia