Harian Metro

USUS DALAM BEG PLASTIK

- Agensi

Seorang wanita hidup dengan ususnya di luar sejak 20 tahun lalu kerana tidak mampu menjalani rawatan.

Wanita berusia 80 tahun itu, Lan Guo’e menunjukka­n kepada seorang wartawan bagaimana dia menyimpan ususnya di dalam beg plastik di kampung Niuche di wilayah Hubei.

Menurut suaminya, Mao Yongfu, Lan menderita masalah itu selepas satu pembedahan yang dijalaniny­a pada 1970-an gagal.

Bagaimanap­un, pasangan itu tidak mampu menjalani satu lagi pembedahan untuk merawat Lan.

“Saya menderita kesakitan, tidak makan dan tidur selama sembilan hari apabila mula menghadapi masalah ini,” kata Lan kepada wartawan itu yang mengunjung­inya bersama seorang doktor di kampung itu.

Menurutnya, dia menanggung kesakitan dan membawa ususnya di dalam beg plastik sejak 20 tahun lalu.

“Beg itu juga digunakan untuk menampung najis,” katanya.

Lan turut menunjukka­n tiub plastik nipis yang menurutnya digunakan untuk menyalurka­n air kencingnya.

Katanya, dia tidak dapat makan, menyarung pakaian atau tidur tanpa

„ Wanita tua derita 20 tahun selepas pembedahan gagal

bantuan suaminya.

Satu-satunya yang dilakukan untuk merawat dirinya ialah membasuh ususnya dengan air suam kerana tidak mampu untuk mendapatka­n rawatan di hospital.

Pasangan berkenaan yang mempunyai seorang anak lelaki dikatakan tidak layak menerima bantuan kerajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia