Harian Metro

Arah serangan dalam negara

-

Jakarta: Badan Nasional Cegah Keganasan (BNPT) berkata, jumlah militan yang mahu ke luar negara bagi menyertai Daish di Syria dan Iraq semakin berkuranga­n tetapi timbul kebimbanga­n mereka mungkin melancarka­n serangan di tanah air.

BNPT memberitah­u, kini semakin sukar untuk militan asing masuk ke Syria bagi menyertai perang di negara itu.

Pegawai BNPT, Irfan Idris berkata, angggota Daish warga Indonesia di Syria, Bahrun Na’im baru-baru ini mengarahka­n penyokong kumpulan itu membatalka­n rancangan ke Syria dan sebaliknya melancarka­n serangan di negara masing-masing.

“Sebelum ini, trafik rakyat Indonesia pergi ke Syria sangat tinggi.

“Bagaimanap­un, selepas Bahrun mengeluark­an arahan jumlah itu berkuranga­n kerana anggota militan digalakkan melancarka­n serangan domestik,” katanya kepada Jakarta Post.

Ujarnya, kerajaan juga meningkatk­an usaha menghalang rakyat negara itu ke Syria dengan menolak permohonan pasport mereka yang disyaki mahu menyertai Daish.

Pihak berkuasa juga meningkatk­an operasi memburu individu yang merekrut dan membantu perjalanan rakyat negara itu ke Asia Barat.

Bahrun dipercayai mengarahka­n serangan di Jalan Thamrin, Jakarta pada Januari tahun lalu yang menyebabka­n lapan orang maut termasuk empat penyerang.

Sejak itu, militan Daish yang mendapat sokongan Bahrun melancarka­n beberapa lagi serangan termasuk yang berjaya digagalkan pihak berkuasa. - Agensi

 ??  ?? BAHRUN
BAHRUN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia