Harian Metro

Bunuh anak tahi judi

- Agensi

„ Bapa tidak tahan tanggung hutang jutaan yuan

Seorang bapa ditangkap kerana dipercayai membunuh anak tunggalnya berusia 44 tahun kerana tidak tahan dengan hutang jutaan yuan akibat tabiat berjudi lelaki itu.

Zhu Shuigen, 67, didakwa membunuh anak lelakinya itu ketika mangsa tidur di rumah mereka di Suzhou, wilayah Jiangsu, sebelum menghubung­i polis, lapor akhbar Changshu Daily.

Laporan itu tidak menyatakan bagaimana anaknya dibunuh, tetapi polis dan kakitangan perubatan yang berada di tempat kejadian berkata, mangsa cedera teruk di kepala.

Menurut jiran, mangsa tidak berpendidi­kan tinggi dan tinggal bersama ibu bapanya.

Dia juga tidak mempunyai pekerjaan tetap, tetapi pernah menjadi pengawal keselamata­n sebelum ini.

Lelaki itu yang sudah bercerai dua kali mempunyai dua anak yang dibesarkan ibu bapanya sehingga mereka mencecah usia remaja.

Dia juga dikatakan kaki judi dan penghutang berulang kali datang ke rumah ibu bapanya untuk menuntut bayaran hampir dua juta yuan (RM1.3 juta).

Namun, jirannya berkata, pada malam sebelum dia dibunuh, seorang penghutang datang lagi ke rumah bapanya dan menuntut bayaran lebih sejuta yuan (RM646,000).

Sejak beberapa tahun ini, China melihat lebih ramai golongan muda gagal mendapat pekerjaan dan hanya menjadi biawak hidup untuk ditanggung ibu bapa mereka.

 ??  ?? SEORANG pengamal voodoo melakukan tarian sempena Pesta Voodoo di Ouidah,
Benin. Voodoo diisytihar­kan agama rasmi negara di barat Afrika itu pada 1996. Festival yang bermula semalam menarik ramai
pengamal dan pelancong dengan acara
dipenuhi tarian...
SEORANG pengamal voodoo melakukan tarian sempena Pesta Voodoo di Ouidah, Benin. Voodoo diisytihar­kan agama rasmi negara di barat Afrika itu pada 1996. Festival yang bermula semalam menarik ramai pengamal dan pelancong dengan acara dipenuhi tarian...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia