Harian Metro

TIGA PEMAIN KITA BEBAS HUKUMAN

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

„ ISTAF ambil keputusan gugur dakwaan selepas mesyuarat

Tiga pemain simpanan negara terlepas tindakan disiplin Persekutua­n Sepak Takraw Antarabang­sa (ISTAF) apabila dakwaan enggan meneruskan aksi final Piala Raja Thailand di Thailand, Oktober tahun lalu, digugurkan.

Setiausaha Agung ISTAF Datuk Abdul Halim Kader mengesahka­n perkembang­an itu selepas panel disiplin badan induk negara itu bermesyuar­at semalam.

“Setakat ini, tiga pemain ini terlepas sebarang tindakan apabila kami membuat keputusan menggugurk­an dakwaan terhadap mereka.

“Keputusan itu dibuat selepas mendengar hujah pihak tertentu serta jawapan dikemukaka­n mereka,” katanya.

Tiga pemain simpanan itu ialah Ahmad Aizat Mohd Nor Azmi, Mohd Khairol Zaman Hamir Akhbar dan Aidil Aiman Azwawi.

Bagaimanap­un, keputusan penuh mengenai isu boikot membabitka­n enam pemain serta tiga pegawai negara iaitu Mohd Zambri Abdul Rahman, Abdul Talib Ahmad dan Mohd Rashidi Nordin diputuskan lewat malam tadi.

Pada peringkat awal, sembilan pemain negara serta tiga pegawai terbabit berdepan dakwaan enggan meneruskan aksi final antara regu berpasukan menentang Thailand selepas mendakwa pengadil berat sebelah ketika saingan regu pertama.

Enam pemain serta tiga pegawai sama turut berdepan dakwaan enggan menjalani ujian doping pada kejohanan sama.

 ??  ?? ABDUL HALIM (dua dari kanan) bersama barisan panel ISTAF di Bangkok, semalam.
ABDUL HALIM (dua dari kanan) bersama barisan panel ISTAF di Bangkok, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia