Harian Metro

Adam tekad guna duit sendiri

-

Kuala Lumpur: Mohd Adam Das Abdullah, bapa kepada pemain tenis remaja negara, Shamirul Shahril dan Suhana Sofia nekad menggunaka­n perbelanja­an sendiri bagi menjadikan dua anaknya sebagai pemain tenis profesiona­l.

Adam membelanja­kan RM100,000 selepas Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) tidak dapat menampung kos berkenaan.

Katanya, pengorbana­n perlu dilakukan untuk melihat anak kembarnya itu menyertai Kejohanan F4 Futures di Mesir seterusnya menyertai sekurang-kurangnya 10 kejohanan sebelum bergelar pemain profesiona­l.

“MSN sebelum ini menghantar anak saya menyertai beberapa kejohanan anjuran ITF (Persekutua­n Tenis Antarabang­sa) tapi tidak mencukupi. Jadi saya perlu bertindak sendiri untuk menjadikan mereka pemain profesiona­l.

“Sekarang ini kami menunggu urusan visa selesai yang mungkin siap sedikit masa lagi.

“Keputusan ini perlu dilakukan kerana saya mahu melihat mereka bergelar pemain tenis yang berjaya. Jika terus kekal di Malaysia, sukar untuk mereka bergelar pemain profesiona­l kerana kurangnya kejohanan,” katanya.

Adam berkata, pencapaian Shamirul di Kejohanan Remaja Piala Davis di New Delhi dengan menduduki tempat kelapan dari 16 negara yang bertanding dan Suhana di Kejohanan Remaja Piala Fed menduduki tempat ke-10 dari 16 negara mendorong beliau membuat keputusan itu.

Sebagai langkah awal, Shamirul dan Suhana yang sebelum ini beraksi di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak dijadualka­n menyertai 12 kejohanan Futures Mesir yang berakhir April ini.

“Untuk berjaya, anda memerlukan seorang jurulatih, rakan sepelatih dan kejohanan yang hebat jadi buat permulaan ini saya mahu mencuba dan melihat sejauh mana perkembang­an Shamirul dan Suhana.

“Namun saya tahu apabila beralih kepada profesiona­l, mereka tidak mungkin terus melakarkan kejayaan, ia memerlukan masa. Tapi untuk itu kerja keras perlu dilakukan dan tidak boleh hanya tunggu dan lihat saja.

“Menyertai kejohanan bertaraf antarabang­sa itu nanti Shamirul dan Suhana akan menimba pengalaman serta mencari ilmu dalam sukan ini,” katanya.

Shamirul dan Suhana sebelum ini diserapkan ke dalam program pelapis MSN dan mendapat bimbingan S Selvarajoo dan dengan usia mereka baru mencecah 16 tahun, Adam yakin pengorbana­n itu akan membawa pulangan satu hari nanti.

 ??  ?? ADAM (tiga dari kanan) bersama Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (tengah), Shamirul (empat dari kanan) dan Suhana (dua dari kiri).
ADAM (tiga dari kanan) bersama Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (tengah), Shamirul (empat dari kanan) dan Suhana (dua dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia