Harian Metro

Enggan ulang episod sama

-

Kuala Lumpur: Aib besar apabila dibelasah Terengganu Hockey Team (THT) pada saingan separuh akhir Piala Tan Sri P Alagendra, tidak mahu diulangi Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) apabila turun dengan misi mempertaha­nkan kejuaraan Piala Sumbangsih bertemu lawan sama, esok.

KLHC menerima tamparan hebat apabila tewas besar 2-7 kepada THT pada aksi separuh akhir yang kemudian menyaksika­n skuad bimbingan Sarjit Singh memenangi Piala Tan Sri P Alagendra buat kali pertama dengan menewaskan Maybank pada aksi final.

Bagi penolong jurulatih KLHC Mohd Harfizi Baharom, misi mereka cukup jelas dalam mempertaha­nkan Piala Sumbangsih buat kali keempat berturut-turut.

“Kekalahan besar kepada THT sebelum ini sememangny­a tamparan besar buat kami semua.

“THT adalah musuh tradisi kami. Apapun moral setiap pemain tetap tinggi dan sudah bersiap sedia untuk bertemu THT, Jumaat ini (esok).

“Kami perlu pertahanka­n Piala Sumbangsih buat kali keempat selepas melakukann­ya pada tiga edisi berturut-turut sebelum ini,” katanya pada sidang media semalam.

Sementara itu, pemain berpengala­man THT, Jiwa Mohan berkata, kejayaan terbaru memenangi Piala Tan Sri P Alagendra memberi suntikan semangat kepada rakan sepasukann­ya yang lain untuk memenangi lebih banyak kejuaraan.

“Memang misi utama adalah untuk cuba memenangi semua piala yang dipertandi­ngkan pada musim ini.

“Tapi kami tidak mahu terlalu terburu-buru, malah bertemu KLHC untuk perebutan Piala Sumbangsih pada satu tugas yang sukar.

“Mereka sudah membuktika­nnya dengan menewaskan kami di tempat sendiri tahun lalu,” katanya.

 ?? FOTO: ?? HARFIZI (tengah) bersama Piala Sumbangsih di Hotel Olimpik, semalam.
FOTO: HARFIZI (tengah) bersama Piala Sumbangsih di Hotel Olimpik, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia