Harian Metro

Sabah sasar lebih jauh

- Mohd Lokman Sunggim sukan@hmetro.com.my

Kota Kinabalu: Sabah menyasarka­n pencapaian lebih baik di Kejohanan Piala Belia musim ini berbanding layak ke suku akhir tahun lalu.

Pengurus Mohd Yassin Aman berkata, pihaknya yakin Sabah mampu merealisas­ikan impian itu dengan kehadiran pemain baharu berbakat dan berkeupaya­an menggalas peranan yang diberikan.

Katanya, walaupun ramai pemain musim lalu dinaikkan ke skuad Liga Simpanan Sabah, pemain baharu yang membabitka­n bakat muda boleh diharapkan.

“Kami bukan saja menyasarka­n peringkat suku akhir seperti tahun lalu tapi akan berusaha pergi lebih jauh,” katanya.

Yassin berkata demikian selepas menyaksika­n sesi menandatan­gani kontrak 30 pemain skuad Piala Belia Sabah 2017 dengan Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) di Likas, baru-baru ini yang turut dihadiri Timbalan Presiden II SAFA Datuk Lawrence Gimbang.

Skuad Piala Belia Sabah 2017 diwakili Mohd Ramzie Mustakim, Junloyck Pini, Joslan Aping, Jeniun Karib, Mohd Shahriman Mukarim, Shahrul Asnan, Evan Wensley Wenceslaus, Mohd Syahmil Nizam Iqbal Khan, Pican Piok, Gerlad Gadit, Kelvin Pengiran, Mohd Naaim Firdaus Stibin, Leonardo Lisua, Mohd Fakruazi Ahmad, Syafiq Ikhwan Saiman, Aidil Safee, Mohd Aidil Shahrolmiz­an Asimin, Adi Ali.

Mohd Syukri Baharun, Mohd Aidil Muhimian, Muhammad Amirul Afiq Ali, Asri Rustam, Beckham Rico Louisee, Mohd Suzairee Samail, Mohd Hizaz Lokman, Mohd Iqbal Kassim, Mohd Shah Mizie Abdul Rahim, Arius Dius Jais Ellend Child Henry dan Mohd Shahrul.

Dua pemain Mohd Hizaz dan Shafiq Ikhwan adalah pemain paling muda dengan kedua-duanya berusia 16 tahun.

Jurulatih Jelius Ating dan penolongny­a Awang Sabtu Jamil dikekalkan mengendali­kan pasukan musim ini.

Sementara itu, Yassin memberitah­u, skuad Piala Belia dan pasukan Liga Simpanan Sabah sudah mengesahka­n penyertaan di Kejohanan Jemputan Empat Penjuru yang berlangsun­g di Kompleks Sukan Beaufort, 22 hingga 24 Januari ini.

Katanya, dua lagi pasukan yang mengambil bahagian adalah skuad Piala SAGA Beaufort dan Bingkul FC.

 ??  ?? BARISAN pemain skuad Piala Belia Sabah selepas sesi latihan di Kompleks Sukan Likas.
BARISAN pemain skuad Piala Belia Sabah selepas sesi latihan di Kompleks Sukan Likas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia