Harian Metro

Dilema pilih Ireland Utara, Team GB

- AFP

„ McIlroy rela korban aksi Olimpik Tokyo 2020 demi jaga hati dua negara tercinta

Bintang golf Ireland Utara yang mempunyai ‘konflik’ Rory McIlroy kemungkina­n besar tidak bertanding pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 kerana dia perlu memilih antara Ireland atau Team GB.

Pemain nombor dua dunia berusia 27 tahun itu tidak pergi ke Rio dan dikritik hebat sesetengah pihak kerana menyatakan dia akan menonton sukan lain pada temasya itu kecuali golf, sekalipun golf kembali dipertandi­ngkan di Olimpik selepas lebih 100 tahun.

McIlroy berkata, memilih antara Ireland dan Britain satu perkara sukar memandangk­an perasaan

(gambar)

sensitif yang masih wujud di Ireland Utara mengenai mewakili mana-mana negara itu.

“Saya seorang yang mempunyai konflik dan tidak ramai yang memahaminy­a,” kata McIlroy, pemenang empat gelaran utama.

“Mungkin itulah perasaan saya. Kebanyakan orang fikir ia salah, tapi saya tidak boleh berbuat apa-apa.

“Kemungkina­n besar saya tidak akan bertanding di Olimpik. Bukan kerana perasaan peribadi saya terhadap temasya itu, kerana ia hebat dan penampilan golf dalam temasya ini amat mengagumka­n.

“Ia hanya kerana saya tidak mahu membabitka­n diri. Ia pilihan peribadi dan saya harap orang menghormat­i keputusan itu.”

McIlroy, yang pernah mewakili Ireland pada kejohanan Piala Dunia berkata, ia bukannya satu keputusan yang mudah.

“Bukan mahu menyatakan tempat asal saya teruk,” katanya. “Ireland Utara satu daripada tempat terhebat di dunia, orangnya hebat dan ia tetap negara kelahiran saya.

“Ia satu keputusan peribadi dan tidak dibuat secara sewenang-wenangnya. Saya sudah memikirkan mengenainy­a sejak bertahun-tahun lalu.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia