Harian Metro

BANGKIT LAWAN THE KOP

- AFP

„ Mourinho gesa pemain, penyokong tingkat

prestasi berdepan Liverpool

Manchester, England

Pengurus Manchester United Jose Mourinho menyatakan beliau, pemain malah penyokong kelab perlu meningkatk­an sumbangan mereka apabila musuh tradisi Liverpool berkunjung ke Old Trafford, hujung minggu ini.

United menang 2-0 ke atas Hull City pada separuh akhir pertama Piala Liga Inggeris awal pagi semalam namun memerlukan gol tandukan pemain gantian Marouane Fellaini pada minit ke-87 untuk memberikan mereka kedudukan agak selesa.

United kini menang sembilan perlawanan berturut-turut, namun dengan Liverpool lima mata di depan mereka di tangga kedua Liga Perdana, Mourinho mahu setiap orang berada pada tahap terbaik mereka Ahad ini.

“Babak pertama agak mengecewak­an,” katanya. “Mereka bertahan secara teratur. Tidak mudah buat kami, tapi persembaha­n kami agak cincai.

“Kami menyukarka­n keadaan, sering kali dengan sentuhan tambahan, lambat membuat keputusan, memberi mereka masa untuk bertahan. Ia bukannya babak pertama terbaik kami.

“Saya fikir babak pertama pemain perlu bertindak lebih baik, saya juga perlu lebih bagus, penyokong juga patut bertindak lebih baik. Pada babak kedua kami meningkat sedikit, hanya sedikit.

“Kini saya memikirkan mengenai Ahad. Ahad ini saya perlu bertindak lebih baik, begitu juga pemain dan penyokong mesti lebih bagus.”

Kapten United Wayne Rooney tampil pada aksi menentang Hull memerlukan satu gol untuk mencipta rekod baharu jaringan kelab itu, selepas menyamai pencapaian Bobby Charlton dengan gol ke-249 ketika menang 4-0 ke atas Reading pada Piala FA, Sabtu lalu.

Dia berpeluang melakukann­ya enam minit babak kedua bersambung apabila mendapat umpanan hebat Paul Pogba namun rembatanny­a tersasar ke sebelah kiri pintu gol lawan.

Juan Mata memecah kebuntuan lima minit kemudian, meluru untuk merembat kencang dari jarak dekat selepas Henrikh Mkhitaryan menanduk hantaran silang Antonio Valencia ke kotak penalti.

 ??  ??
 ??  ?? FELLAINI (tengah) menanduk masuk gol kedua United.
FELLAINI (tengah) menanduk masuk gol kedua United.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia