Harian Metro

Berkat kerja keras suami: Norzawanis TABIK GOL FAIZ

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

Zurich: Norzawanis Hashim, isteri pemenang Anugerah Puskas 2016 Mohd Faiz Subri menyatakan suaminya memang berhak mengecapi kejayaan itu susulan pengorbana­n dilakukan selama ini.

Dia yang tidak dapat menghadiri majlis Anugerah FIFA 2016 semalam sebaliknya hanya menonton siaran langsung di televisyen di hotel penginapan mengakui sebak sebaik

Faiz diumumkan sebagai pemenang.

“Saya tak tidur lagi ketika

Zurich

Kitu sebab teruja menantikan keputusan tapi anak-anak semua sudah tidur awal. Memang saya gembira dan teruja sangat, dalam masa sama memang sebak.

“Faiz banyak berkorban, kejayaan ini atas usahanya, dia sentiasa berlatih, jadi ini hasilnya,” katanya ketika ditemui Arena Metro sebelum berlepas ke tanah air semalam.

Norzawanis, 29, yang berasal dari Nibong Tebal berharap kejayaan

emenangan Mohd Faiz Subri meraih Anugerah Puskas 2016 sudah diduga legenda Brazil Roberto Carlos.

Menurut Carlos, gol dihasilkan pemain Pulau Pinang itu cukup menarik dan mengakui jaringan itu seakan-akan gol ajaibnya menerusi sepakan percuma ketika menentang Perancis dalam aksi persahabat­an antarabang­sa pada 1997.

“Saya menyaksika­n jaringan itu, gol yang cantik. Saya suka cara gol itu dijaringka­n.

“Gol itu hampir sama dengan yang pernah saya hasilkan dulu,” katanya yang sempat bertemu dengan Faiz di Zurich kelmarin.

Carlos yang memenangi Piala Dunia itu sebagai permulaan lebih baik dalam karier suaminya.

“Saya harap dia akan lebih berjaya, fokus dengan kerjayanya,” katanya.

Faiz, Norzawanis serta dua anaknya Akif Fayyadh, 4, dan Muhammad Aqil Zayyan yang berusia lapan bulan turut berada di Zurich sejak Sabtu lalu.

„ Carlos akui jaringan itu memang ajaib

2002 dan juga bintang Real Madrid dikenali sebagai pakar sepakan percuma deras dengan tendangann­ya boleh mencecah 169 kilometer sejam.

Dia yang kini berusia 43 tahun hadir pada majlis Anugerah Bolasepak FIFA 2016 Isnin lalu dan menyaksika­n Faiz berada di atas pentas menerima trofi jaringan tercantik disampaika­n seorang lagi legenda Brazil Ronaldo.

Faiz melakar sejarah pemain Asia pertama meraih Anugerah Puskas dengan menerima undian 59.46 peratus menerusi gol sepakan percuma diambilnya ke atas Pahang dalam aksi Liga Super pada 16 Februari tahun lalu.

Gol yang dianggap ajaib serta melanggar hukum fizik itu apabila bertukar arah melencong ke gawang, menewaskan pencabar dari Brazil Marlone yang menerima 22.86 peratus undian dan Daniuska Rodriguez dari Venezuela (10.01).

Sementara itu, bekas kapten Perancis Marcel Desailly turut mengakui kagum dengan jaringan Faiz.

“Saya melihat gol itu, secara tiba-tiba bola bertukar arah. Saya tidak tahu sama ada dia sengaja melakukan sepakan seperti itu atau tidak, tapi gol itu memang cukup menarik,” kata pemain tengah bertahan yang pernah menjulang Piala Dunia 2008 dan Euro 2000.

 ??  ?? AKSI Carlos menjaringk­an gol ajaibnya ketika menentang Perancis.
AKSI Carlos menjaringk­an gol ajaibnya ketika menentang Perancis.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia