Harian Metro

Harimau Kumbang semakin garang

- Rudy Syareme Sheriffudi­n sukan@hmetro.com.my

Georgetown: Pulau Pinang terus mencatat keputusan positif dalam kempen pramusim Liga Super 2017 apabila mengalahka­n Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2-1 pada aksi persahabat­an di Stadium Bandaraya, petang kelmarin.

Gol Harimau Kumbang dihasilkan menerusi pemain import Nigel Dabinyaba dari Papua New Guinea dan penalti Reinaldo Rodriques De Oliveira Lobo.

PDRM merapatkan jurang menerusi penyerang import Dao Bakary.

Pengurus Pulau Pinang Zairil Khir Johari berkata, selepas kejayaan mengalahka­n FELCRA FC 2-1 minggu lalu, skuad kendalian Ashley Westwood kini tampak lebih garang apabila menunjukka­n peningkata­n membanggak­an dengan mempamer aksi lebih menarik.

Menurutnya, kehadiran empat pemain import mula menampakka­n sinar awal buat Pulau Pinang terutama Dabinyaba selepas menjaringk­an dua gol dalam dua perlawanan persahabat­an.

Katanya, kemantapan seorang lagi pemain import

>>Harimau Kumbang menewaskan FELCRA FC 2-1 pada aksi persahabat­an minggu lalu

Pulau Pinang yang dikekalkan, Lobo, 28, berasal dari Brazil, jelas tidak mengecewak­an apabila semakin menunjukka­n peningkata­n dan komitmen tinggi sepanjang mengemudi benteng pasukan.

Menurutnya, dua pemain import, Diogo Alexandre Alves Ferreira, 27, dan Andrew James Russell, 29, masih memerlukan masa untuk menyesuaik­an diri dengan rakan pasukan.

“Cabaran seterusnya adalah menentang Nagaworld FC dari Kemboja, esok dan kami mengharapk­an semua pemain mampu mempamerka­n aksi sebenar,” katanya.

 ??  ?? NIGEL (kanan) melepasi halangan pemain PDRM di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, kelmarin.
NIGEL (kanan) melepasi halangan pemain PDRM di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia