Harian Metro

Benarkah ada hutang?

- Firdaus Hashim

„ Hamidin rungkai dakwaan Annuar menerusi kenyataan rasmi FAM hari ini

Dakwaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhutang dengan beberapa pasukan seperti didedahkan bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa nyata mengejutka­n badan induk bola sepak tempatan itu.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pihaknya akan menjawab persoalan dibangkitk­an Annuar itu hari ini sekali gus menolak dakwaan bapa pembanguna­n bola sepak negeri Kelantan itu.

“Asalnya saya mahu menjawab hari ini (semalam), namun gara-gara tidak mahu mengganggu majlis kejayaan Faiz (Mohd Faiz Subri) yang menang Anugerah Puskas 2016 petang ini.

“Mengenai (tuntutan Annuar) itu, saya akan beri kenyataan rasmi esok (hari ini). Biar kita nikmati dulu kejayaan Faiz,” katanya, semalam.

Menerusi pendedahan Arena Metro semalam, Annuar mendakwa FAM masih ‘berhutang’ dengan KAFA yang merangkumi bayaran hak penyiaran dan hadiah kemenangan Liga Super termasuk geran tahunan.

Katanya, jika kesemua tunggakan berjumlah RM2 juta itu dibayar FAM tepat pada waktunya segala masalah berkaitan gaji pemain dan pegawai akan mampu dilunaskan sebelum sepak mula saingan Liga-M 2017 pada 20 Januari ini.

Malah sebelum itu, KAFA dikatakan mahu menarik diri daripada saingan Liga-M kerana menghadapi kemelut kewangan kritikal.

Bagaimanap­un, hasrat itu terpaksa dilupakan apabila KAFA memperoleh suntikan dana diharapkan menerusi penajaan daripada dua syarikat RedONE dan Al Hamra Group, sekali gus menyaksika­n mereka kekal beraksi musim ini.

 ??  ?? HAMIDIN
ANNUAR
HAMIDIN ANNUAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia