Harian Metro

Melaka uji taring The Fighters

- Nazri Abu Bakar sukan@hmetro.com.my

Melaka: Melaka United bakal menguji pasukan bimbingan Azmi Mohamad pada aksi persahabat­an pramusim di Stadium Hang Tuah, Sabtu ini.

Perlawanan menentang FELDA United itu disifatkan penting buat skuad bimbingan Eric Williams dalam usaha memantapka­n skuad menjelang aksi pembukaan Liga Super berdepan Kelantan di Kota Bahru, 21 Januari ini.

Pengurus Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, kekuatan pasukan mampu diuji dengan barisan skuad naib juara Liga Super berkenaan selepas menunjukka­n peningkata­n positif sepanjang kunjungan tujuh hari ke Phnom Penh, Kemboja yang berakhir kelmarin.

Katanya, berbanding tiga aksi awal persahabat­an di Melaka, skuad kendalian Williams memperliha­tkan persembaha­n baik terutama ketika mengikat juara Liga Kemboja Boeung Ket Angkor (BKA FC) 2-2 di Stadium Olimpik Phnom Penh.

Menurutnya, walaupun ketinggala­n dua kali kepada lawan, gerakan menarik pemain yang sering mengasak kubu lawan membolehka­n mereka menjaringk­an gol bagi mengikat kedudukan.

“Apapun, masih terdapat kekurangan dalam beberapa aspek yang perlu diperbaiki untuk memastikan sentuhan pemain lebih bertenaga terutama ketika mengatur gerakan ke kubu lawan mahupun ketika bertahan.

“Malah, skuad Hang Tuah memerlukan sedikit masa untuk membina pasukan yang lebih efektif dan memiliki persefaham­an lebih mantap. Apa yang diharapkan pemain mampu mewujudkan rangkaian lebih meyakinkan ketika berdepan FELDA United nanti,” katanya.

Di Phnom Penh, Melaka tewas 1-3 kepada naib juara Liga-K, Army FC dan menang 3-0 ketika menentang pasukan di tangga ke-10, Asia Euro United sebelum menutup kunjungan dengan keputusan seri dengan BKA FC.

Penyerang import dari Montenegro Ilja Spasojevic dan Sergio Aguero (Argentina) masing-masing meledak dua gol manakala pemain muda Nurshamil Abd Ghani dan bekas pemain Pahang Mohd Fauzi Roslan turut menyumbang satu gol.

 ??  ?? KEKUATAN skuad Williams bakal diuji The Fighters Sabtu ini.
KEKUATAN skuad Williams bakal diuji The Fighters Sabtu ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia