Harian Metro

Serap ilmu Valencia

- Rizar Mohd Noor sukan@hmetro.com.my

„ Zaballos, Requena bimbing barisan muda Harimau Selatan

Usaha Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (Johor DT) untuk memantapka­n lagi program akar umbi diteruskan selepas secara rasmi mengadakan kerjasama dengan kelab La Liga, Valencia CF dari Sepanyol.

Setiausaha Kehormat Johor DT Kapten Mohd Fahmy berkata, kerjasama dengan Valencia CF selama tiga tahun merangkumi program pembanguna­n pemain belia Johor DT selepas kontrak bersama kelab Bundesliga Borussia Dortmund berakhir tahun lalu.

Beliau berkata, dua jurulatih berpengala­man yang terbabit secara langsung dalam program pembanguna­n bola sepak di Valencia CF adalah Gonzalo Sanz Zaballos serta Jovi Carrascosa Requena dan kedua-dua mereka akan ditugaskan membimbing barisan pemain muda yang terpilih berlatih di Akademi Bola sepak Johor DT.

“Zaballos akan memegang jawatan selaku pengurus pembanguna­n bola sepak belia manakala Requena dilantik selaku pengarah akademi Johor DT.

“Pada dasarnya ketika di bawah kendalian jurulatih Borussia Dortmund, barisan pemain belia Johor DT sudah diterapkan dengan teknikal permainan yang betul dan kini akan ada perubahan yang baru dengan corak latihan berbeza kendalian jurulatih dari Valencia CF.

“Akan ada modul latihan baru dan ia penting untuk meningkatk­an lagi kualiti permainan setiap pemain yang berada di akademi Johor DT malah saya optimis program yang dirancang selama tiga tahun akan membuahkan hasil menerusi kepakaran jurulatih dari Sepanyol itu,” katanya pada sidang media memperkena­lkan jurulatih kelab dari Sepanyol itu, semalam.

Hadir sama, Pengarah Komersial dan Pemasaran Valencia CF Peter Draper dan Pegawai Pembanguna­n Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) K Sukumaran.

Mohd Fahmy mengesahka­n ketika ini, sejumlah 89 pemain sedang menjalani latihan di akademi Johor DT dengan dibahagika­n kepada kategori umur bawah 13 tahun dan 15 tahun.

“Requena akan melatih pemain berumur bawah 15 tahun dan Zalbollas pula akan melatih pemain bawah umur 13 tahun namun mereka juga akan ditugaskan menyediaka­n program latihan bagi pemain bawah 19 tahun dan langkah itu bakal memantapka­n lagi usaha untuk tingkatkan kualiti pemain muda Johor DT,” katanya.

 ??  ?? ZABALLOS akan melatih pemain bawah 13 tahun.
JOHOR DT bakal diperkuatk­an dengan barisan pemain muda.
ZABALLOS akan melatih pemain bawah 13 tahun. JOHOR DT bakal diperkuatk­an dengan barisan pemain muda.
 ??  ?? REQUENA
REQUENA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia