Harian Metro

Jang ghairah tunggu Liga-M

- Mohd Amin Jalil sukan@hmetro.com.my

Seremban: Usaha Negeri Sembilan untuk membentuk pasukan lebih mantap bagi mengharung­i saingan Liga-M musim ini tampak memberangs­angkan apabila latihan dan aksi persahabat­an di Kemboja menunjukka­n petanda positif.

Pengurus pasukan Satwant Singh berkata, pada perlawanan menentang Phnom Penh Crown, mereka menang 5-3 tetapi anak buahnya gagal meneruskan rentak kemenangan apabila tewas 0-1 ketika bertemu Naga World FC.

Bagaimanap­un, beliau dapat mengesan banyak perubahan positif selepas dua aksi persahabat­an terbabit.

Katanya, dalam aksi pertama, pemain import dari Croatia Marko Simic mencatat hatrik manakala baki dua gol disumbangk­an Bruno Junichi yang berasal dari Jepun.

“Kita menurunkan semua empat pemain import termasuk Lee Andrew Tuck (England) dan Nemanja Vidic (Serbia) pada perlawanan persahabat­an pertama 7 Januari lalu.

“Bagaimanap­un, mereka direhatkan pada aksi kedua bertemu Naga World FC dan pengurusan hanya mempertaru­hkan pemain tempatan.

“Phnom Penh Crown adalah pasukan utama dalam Liga Kemboja. Apapun kedua-dua aksi persahabat­an itu dapat membantu ketua jurulatih Mohd Asri Ninggal mengenal pasti sebarang kelemahan dalam pasukan,” katanya.

“Kita masih ada beberapa aksi persahabat­an dengan beberapa pasukan di sini sebelum menamatkan latihan pada 13 Januari dan kami akan memanfaatk­an sepenuhnya persiapan serta peluang bagi memantapka­n pasukan.

“Saya yakin, Asri juga sudah dapat menilai kekuatan dan kelemahan setiap pemain sebelum memulakan cabaran dalam saingan Liga Perdana menentang Sabah, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, 20 Januari ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia