Harian Metro

Vilmiaire gesa pemain rebut posisi utama Sabah

- Erdiehazzu­an Ab Wahid sukan@hmetro.com.my

Kota Kinabalu: Sabah masih belum memuktamad­kan kesebelasa­n utama bagi mengharung­i saingan Liga Perdana musim 2017 yang bakal membuka tirai 20 Januari nanti.

Perkara itu diakui ketua jurulatih Steve Vilmiaire, 31, yang masih membuka peluang kepada semua pemain untuk merebut tempat dalam kesebelasa­n utama.

Katanya, semua pemain perlu membuktika­n kebolehan masing-masing sepanjang latihan.

“Setiap pemain perlu membuktika­n kepada saya jika berasakan mereka berhak diturunkan sebagai kesebelasa­n utama.

“Saya perlukan barisan pemain terbaik apabila kami memulakan kempen Liga Perdana bertemu Negeri Sembilan pada 20 Januari nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Vilmiaire berkata, pihaknya akan melakukan beberapa perubahan terhadap barisan pemain yang diturunkan dalam aksi persahabat­an bertemu Sarawak di Kuching, Ahad lalu.

Katanya, perubahan barisan pemain itu adalah bagi menghadapi perlawanan pramusim seterusnya bertemu PKNS di Stadium Likas, Sabtu ini.

“Pengalaman yang bagus ketika bertemu Sarawak kerana saya dapat melihat kelemahan serta beberapa kekuatan pasukan.

“Saya akan melakukan beberapa perubahan dalam perlawanan persahabat­an bertemu PKNS, mungkin dari segi corak permainan dan mungkin juga saya akan mencuba beberapa pemain baru termasuk skuad bawah 21 tahun,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia