Harian Metro

TIDAK BOLEH DUDUK DIAM

- DARI MUKA 1

Azmil tetap teruskan aktiviti dan program ceramah seperti biasa

“Oleh itu, anak melarang saya untuk melakukan sebarang aktiviti sebaliknya mahukan saya berehat saja di rumah. Bukan apa, mereka bimbang jika berlaku lagi kes kecemasan seperti di Langkawi tempoh hari.

“Memandangk­an saya jenis yang tak boleh duduk diam, jadi aktiviti dan program ceramah tetap diteruskan seperti biasa. Selain itu, saya juga sudah boleh menunggang kuda semula,” katanya.

Terbaru, Azmil yang pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik pada Festival

Filem Malaysia Ke-6 pada 1986 menerusi filem Ali Setan dalam perancanga­n membina Kompleks

Ummah Hadiqa Al Haq di Mantin, Negeri Sembilan.

Kompleks yang meliputi masjid, pusat akademik, madrasah, pejabat, pusat perdaganga­n, pusat riadah dan banyak lagi itu dianggarka­n menelan belanja lebih RM7 juta.

Menariknya, antara program yang bakal dijalankan di situ adalah Selebritil­lah yang membabitka­n golongan artis berhijrah.

“Sekiranya projek ini mendapat dana dan sumbangan awal, saya boleh mulai menggerakk­an proses pembinaan. Sebelum itu, saya perlu mencari lima pengarah kemudian beberapa tenaga kerja profesiona­l lain.

“Saya berharap lagi cepat lagi bagus, malah saya berdoa semoga Allah membuka hati orang ramai untuk menyalurka­n dana bagi merealisas­ikan projek ini. Saya tak nak menggunaka­n pendekatan paksaan, biarlah ia lahir daripada hati yang ikhlas,” katanya.

Berkongsi mengenai program berkenaan,

Azmil berkata, dia sudah menyuaraka­n cadanganny­a itu kepada beberapa rakan artis yang kini bergelar ustaz seperti Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Akhil Hayy dan Ustaz Razi.

“Apabila saya memaklumka­n perkara ini, mereka menyambut baik. Cuma buat masa sekarang saya belum bercakap kepada rakan artis Muslimah. Sebab sudah terlalu lama saya tidak berhubung dengan mereka.

“Selain tiga ustaz itu, saya juga bercadang mempelawa Datuk M

Nasir, Raihan dan Fauziah Ahmad Daud untuk turut serta. Tugas barisan selebriti ini adalah dengan menyampaik­an dakwah mengikut komitmen yang ditetapkan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia