Harian Metro

Haiwan mampu hidupkan kenderaan

- Susunan Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Filem Monster Trucks temui penonton di pawagam mulai hari ini

Selepas tiga kali menunda tarikh tayangan, Monster Trucks akhirnya menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai hari ini.

Difahamkan filem terbitan tiga produksi Paramount Animation, Disruption Entertainm­ent dan Nickelodeo­n Movies itu sepatutnya ditayangka­n pada Mei 2015, namun tarikh itu ditukarkan ke Disember tahun yang sama.

Sekali lagi, tarikh ditetapkan itu ditundakan ke Mac 2016 dan akhirnya diubah ke bulan ini.

Entah apa masalahnya, filem gabungan watak sebenar dengan animasi arahan Chris Wedge itu turut dikhabarka­n bakal membawa kerugian besar kepada Paramount Animation, dengan anggaran lebih RM514.63 juta.

Khabar angin itu timbul selepas syarikat konglomera­t Viacom pada September tahun lalu mengumumka­n sebuah filem bakal ditayangka­n dijangka kerugian besar berikutan prestasi yang dianggap kurang memuaskan.

Biarpun Viacom tidak menyebut judul filem itu, media asing membuat andaian karya disebutkan adalah Monster Trucks.

Menurut portal Hollywood Reporter, Monster Trucks pada asalnya disasarkan untuk penonton pelbagai peringkat usia, tetapi akhirnya dilihat lebih sesuai untuk kanak-kanak.

Namun, filem dengan kos RM447 juta ini bukanlah seteruk seperti diramalkan.

Walaupun mengangkat nama Monster Trucks, ia bukan mengetenga­hkan mengenai perlumbaan kenderaan pacuan empat roda, sebaliknya bagaimana sekumpulan individu berperikem­anusiaan berusaha menyelamat­kan spesies baharu daripada dihapuskan sebuah syarikat mencari gali minyak.

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA babak menarik dalam Monster Truck.
ANTARA babak menarik dalam Monster Truck.
 ??  ?? HAIWAN yang ditemui selepas terkeluar dari dasar laut ketika
kerja menggali minyak.
HAIWAN yang ditemui selepas terkeluar dari dasar laut ketika kerja menggali minyak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia