Harian Metro

Bayi buangan dibesarkan penagih

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Drama Setia Menunggumu papar

realiti kehidupan negatif dari sudut

positif

Kredibilit­i pelakon Rusdi Ramli menjayakan pelbagai watak dalam drama dan filem sebelum ini tidak perlu dipertikai lagi.

Terbaharu kepercayaa­n yang diberikan syarikat penerbitan A Aida Production Sdn Bhd milik Datuk A Aida kepada Rusdi, 47, bagi mengarahka­n drama Setia Menunggumu dianggap satu cabaran besar buatnya.

“Sebelum ini saya berlakon. Jadi apabila mengarah ada pro dan kontra. Sebagai pengarah saya perlu menjaga graf cerita dan keseluruha­n pembikinan drama itu. Pada masa sama saya juga perlu menjaga lakonan setiap pelakon.

“Bukan apa, ada ketika ‘mood’ pelakon berubah membabitka­n babak sama.Oleh itu, saya perlu menitikber­atkan perkara ini.

“Satu lagi cabaran saya adalah bekerja dengan ramai pelakon yang baru pertama kali berlakon. Watak yang diberikan pula agak besar, jadi banyak yang perlu diperhatik­an,” katanya.

Menurut Rusdi drama bertemakan kemasyarak­atan itu bukan seperti kebanyakan drama lain yang mengetenga­hkan jalan cerita klise.

Perkara itu membuatkan dia lebih bersemanga­t untuk berkarya sekali gus dapat menonjolka­n bakatnya sebagai pengarah.

“Sejujurnya saya menyukai jalan cerita drama ini. Ia bukan seperti kebanyakan drama yang memaparkan isu klise. Ia memaparkan realiti kehidupan negatif yang dipersemba­hkan dari sudut positif.

“Sebagai contoh, bagaimana seorang penagih dadah sanggup membesarka­n anak yang ditemui sehingga dewasa. Sedikit pun dia tidak pernah menyakiti anak itu meski dipandang hina masyarakat kampung. Kasih sayang yang diberikan dibalas dengan kebaikan oleh anak itu.

“Bagi saya cerita ini bukan seperti drama Melayu tipikal yang lain. Tidak semestinya perbuatan negatif itu dipaparkan dari sudut negatif sahaja. Cerita ini diharap mampu memberi kesedaran dan mengubah persepsi masyarakat kita,” katanya.

Berkongsi mengenai gandingan Saharul Ridzwan dan Niena Baharun sebagai pelakon utama, Rusdi memuji sikap kedua-dua pelakon itu.

“Mereka sangat mudah memberikan kerjasama. Komitmen yang diberikan juga membuatkan penggambar­an berjalan lancar. Disebabkan mereka sudah ada pengalaman berlakon, mereka sentiasa bersedia di lokasi penggambar­an.

“Baik Saharul mahupun Niena, masing-masing tahu apa nak dibuat. Pendek kata persediaan yang dilakukan sebelum memulakan sesuatu babak itu sangat teliti. Paling penting mereka rajin bertanya,” katanya.

Drama 13 episod itu bakal ditayangka­n di saluran Salam HD (Hypp TV) bermula 17 Mac ini.

Selain Saharul dan Niena, Setia Menunggumu turut dibintangi Zizan Nin, Faye

 ??  ?? RUSDI bersama barisan kru dan pelakon drama ini.
RUSDI bersama barisan kru dan pelakon drama ini.
 ??  ?? LAKONAN mantap Ramli dan Maarof sebagai penagih dadah.
LAKONAN mantap Ramli dan Maarof sebagai penagih dadah.
 ??  ?? SAHARUL kali pertama bekerjasam­a dengan
A Aida Production, di saluran Salam HD.
SAHARUL kali pertama bekerjasam­a dengan A Aida Production, di saluran Salam HD.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia