Harian Metro

PIA SAH JURI ASNTM5

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Dijangka beri impak tersendiri dalam program realiti pencarian top model Asia

Teka-teki mengenai pemenang Miss Universe 2015, Pia Alonzo Wurtzbach akan terbabit dalam Asia’s Next Top Model musim kelima (AsNTM5) akhirnya terjawab apabila dia sah menjadi juri jemputan program yang akan ditayangka­n tidak lama lagi itu.

Terdahulu, jelitawan itu dilaporkan bakal mengacarak­an AsNTM5 namun ia sekadar khabar angin.

Tidak dinafikan, wanita kelahiran Filipina itu menjadi sanjungan seluruh dunia selepas dinobatkan sebagai Miss Universe 2015. Meskipun kemenangan­nya melakar kontrovers­i, jutaan peminat menyokong keputusan itu.

Pia menjadi idola terbaik buat wanita berikutan sikapnya yang tidak kenal erti putus asa dan sentiasa bekerja keras. Dia meraih gelaran ratu cantik selepas tiga kali mencuba.

Menyentuh soal pengalaman, Pia sudah cukup masak dengan rutin bergaya di hadapan kamera. Malah dia antara ratu cantik yang bijak dan sentiasa berfikiran positif.

Kemunculan­nya sebagai selebriti undangan dalam AsNTM5 pasti akan meninggalk­an impak tersendiri selain membawa pembaharua­n kepada program itu.

Kumpulan Rangkaian FOX Asia, Starworld, mengumumka­n peragawati Cara Grogan turut terpilih sebagai panel juri AsNTM5. Sementara itu Cindy Bishop kekal sebagai pengacara dan Yu Tsai pula menggalas tanggungja­wab sebagai pengarah kreatif.

Cara yang berpangkal­an di Hong Kong cukup dikenali dalam dunia peragaan malah antara jenama hebat yang pernah diperagaka­nnya adalah Dior dan Max Mara. Wajahnya juga sering menghiasi pelbagai iklan dan laris sebagai penghias muka depan majalah fesyen seperti Elle, Harper’s Magazine serta Marie Claire.

Memulakan kerjayanya seawal usia 17 tahun, dia turut melebarkan sayap dalam bidang penyiaran apabila mengacarak­an Channel V serta National Geographic Channel.

Menurut Penerbit Eksekutif Hiburan, Kandungan dan Komunikasi Kumpulan Rangkaian

FOX Asia, Starworld, Sam Gollestani, musim baru AsNTM5 pasti lebih menarik dengan adanya Pia dan Cara.

“Kami dengan bangganya mengekalka­n Cindya dan Yu dalam program ini. Lebih mengujakan kami turut memperkena­lkan Cara dan Pia yang menjadi idola peminat seluruh dunia.

“Saya yakin kolaborasi orang lama dan baru ini dapat menarik perhatian orang ramai untuk terus setia menonton program ini setiap minggu. Peserta kali ini bertuah dapat berguru dengan ramai figura hebat,” katanya.

Tarikh dan waktu siaran AsNTM5 akan diumumkan dalam masa terdekat, begitu juga 12 peserta musim baru.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia