Harian Metro

SINOPSIS TV

- TV3, 9.02 malam Jejak Karmila TV3, 6.30 petang Hantu Punya Bos! Episod 10 TV3, 6.58 petang BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 12

Mengisahka­n keutuhan cinta Karmila terhadap Karim, anak kepada Hamidah. Karmila menyara hidup dengan bekerja sebagai pembantu rumah keluarga Zaidi.

Siapa sangka, dalam diam Zaidi menyimpan perasaan terhadap Karmila. Kerana cinta, Karmila berhenti kerja namun hubunganny­a dengan Karim ditentang keras Hamidah.

Karim memilih untuk keluar dari rumah dan mengahwini Karmila. Mereka hidup bahagia dan dikurniaka­n dua cahaya mata yang diberi nama Suraya dan Nonie.

Sementara itu, Zaidi berkahwin dengan Aniza. Pasangan ini dikurniaka­n anak lelaki bernama Haikal dan sedang menanti kelahiran anak kedua.

Cinta yang bersemi tidak menjanjika­n kebahagiaa­an. Karim yang awalnya suami bertanggun­gjawab bertukar sikap apabila terjebak dengan judi dan arak. Perubahan mendadak itu buat Karmila kecewa.

Suatu hari, Karim terkejut apabila mengetahui rumahnya dikepung gangster. Dek tiada pilihan, dia sanggup menyerahka­n Suraya yang baru berusia 10 tahun kepada gengster itu. Karmila membunuh suaminya demi melindungi Suraya. Dia ditahan polis dan dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun. Selepas dibebaskan, Karmila nekad menjejaki anak-anaknya.

Pelakon: Ogy Ahmad Daud, Ruhainies, Mia Ahmad dan Fauziah Nawi. Arrayyan yang kecewa akhirnya mengaku mencintai Abby. Dia yang terluka sangat marah apabila Abby tidak datang bekerja selama dua hari.

Pelakon: Shukri Yahaya, Intan Najuwa, Julia Marin, Fahmy Reza dan Aizat Hassan. Afeef cuba berbaik semula dengan isterinya namun sikap dingin Ifaat membuatkan dia berjauh hati. Dia semakin terkilan apabila Ifaat sering mengungkit sikapnya yang tidak setia dan selalu memungkiri janji.

Pelakon: Janna Nick, Ashraf Muslim, Octovia Manrose, Shah Tapaw dan Fahmy Reza.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia