Harian Metro

Terliur nikmati udang lipan gril

- Nor Hanisah Kamaruzama­n rencana@hmetro.com.my

Bagi penggemar ‘seafood,’ kesegaran makanan laut itu sendiri memainkan peranan penting kerana ia ternyata mempengaru­hi rasa hidangan.

Makanan laut segar kebiasaann­ya lebih mudah didapati di kawasan tertentu seperti berdekatan laut atau sungai dan ada yang masih hidup sebelum dimasak.

Konsep restoran makanan laut hidup juga sukar dicari terutama di kawasan bandar dan jarang dipelopori Bumiputera.

Restoran Terra Life Seafood di Taman Equine, Seri Kembangan, Selangor yang baru dibuka Ogos tahun lalu menawarkan kesegaran makanan laut dan boleh dipilih dari akuarium disediakan bersebelah­an restoran.

Menariknya, semua makanan laut yang masih segar itu diimport dari

Sabah dan diletakkan di sebuah gudang penyimpana­n sebelum dibawa ke akuarium restoran.

Menurut pemilik Khairiyah Abdul Karim, 27, hidupan laut hidup diambil dari Sabah kerana rasanya yang dikatakan berbeza dan lebih manis.

“Saya suka makan terutama juadah ‘seafood’ yang segar dari Borneo. Disebabkan sukar mencari makanan laut yang masih hidup, saya mendapat idea untuk membuka restoran dengan konsep akuarium supaya dapat sediakan makanan segar,” katanya.

Katanya lagi, makanan laut yang diimport dari Sabah itu diambil daripada nelayan yang menangkap ikan termasuk dari laut menawarkan pelbagai jenis makanan laut tapi menyediaka­n pelbagai hidangan dan menu masakan mengikut permintaan pelanggan.

“Kami mempunyai beberapa orang cef yang masing-masing pakar dalam masakan Thai, Cina, Melayu dan Barat.

“Ini kerana kami turut mementingk­an rasa hidangan kerana tidak hanya menawarkan sajian makanan laut segar tapi juga enak.

“Hidangan juga tidak terhad pada menu yang ada, sekiranya pelanggan mahu membuat pesanan lain menu istimewa juga boleh sediakan,” katanya.

Pelbagai jenis masakan sering membuat pengunjung rambang mata namun antara masakan yang digemari ramai adalah udang lipan gril, ketam kulit lembut masak sos ‘buttermilk’ dan udang goreng mentega.

“Pengunjung yang datang ke sini pasti tidak jemu kerana selain pelbagai pilihan makanan laut segar kami turut sediakan dengan aneka pilihan masakan.

“Antara yang menjadi kegemaran ramai dan paling saya suka adalah udang lipan gril kerana hidangan yang ringkas iaitu dibakar dengan mentega menyempurn­akan rasa manis itu sebenarnya dari kesegaran udang lipan itu sendiri.

“Bagi yang gemar makan ketam boleh cuba hidangan ketam kulit lembut masak ‘buttermilk’ kerana ia menggabung­kan rasa manis, masin dan lemak,” katanya.

Restoran yang turut menempatka­n akuarium bersebelah­an ruang makan itu mampu menampung lebih 500 pengunjung dalam satu masa.

Hidangan makanan laut segar Restoran Terra Life Seafood saji pelbagai masakan Thai, Cina, Melayu

dan Barat

 ??  ?? Disebabkan sukar mencari makanan laut yang masih hidup, saya mendapat idea untuk membuka restoran dengan konsep akuarium supaya dapat sediakan makanan segar KHAIRIYAH menunjukka­n
antara menu hidangan yang menjadi kegemaran
ramai.
Disebabkan sukar mencari makanan laut yang masih hidup, saya mendapat idea untuk membuka restoran dengan konsep akuarium supaya dapat sediakan makanan segar KHAIRIYAH menunjukka­n antara menu hidangan yang menjadi kegemaran ramai.
 ??  ?? AKUARIUM bersebelah­an
ruang makan.
AKUARIUM bersebelah­an ruang makan.
 ??  ?? IKAN kerapu bakar turut mencuri tumpuan kerana dibakar ringkas sesuai dengan sos pencecah yang disediakan.
IKAN kerapu bakar turut mencuri tumpuan kerana dibakar ringkas sesuai dengan sos pencecah yang disediakan.
 ??  ?? ANTARA menu yang menjadi kegemaran ramai adalah udang lipan gril yang dibakar dengan mentega.
ANTARA menu yang menjadi kegemaran ramai adalah udang lipan gril yang dibakar dengan mentega.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia